Jaafar Onn nikah?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan pelakon dan pengacara, Jaafar Onn memuat naik gambar dia sedang melalui proses pernikahan di media sosial menimbulkan salah sangka ramai.

Menurutnya, dia dihujani mesej dan panggilan pelbagai pihak yang bertanyakan kesahihan perkara ini sejak pagi hari ini.

“Sebenarnya, itu hanya babak lakonan saya untuk iklan makanan. Saya adalah duta jenama ini. Kononnya saya berkahwin dengan janda dua anak.

“Pening juga nak menjawab. Saya kata pada mereka, adakah saya tak boleh berkahwin lagi pada usia 71 tahun sekarang?

“Tak dinafikan ada pelbagai kategori wanita iaitu janda anak satu, janda anak dua dan anak dara tua yang sudi nak berkahwin dengan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, menurutnya, dia terpaksa menolak kerana memikirkan pelbagai faktor.

“Saya fikir mereka ini masih muda. Jadi, fikir habis-habis sebelum kahwin dengan Jaafar Onn.

“Bukan saya tak nak kahwin tapi tak mahulah anak-anak tiri tak boleh terima. Saya memikirkan banyak benda sebelum nak kahwin lagi.

“Tambah lagi wanita yang ada anak. Adakah dia mengharapkan saya bantu anaknya sekolah?

“Mungkin juga perempuan itu susah dan bergantung harapan pada saya?” katanya.

Jaafar tidak mahu apabila dia terlantar sakit, perempuan itu enggan menjaganya.

“Masa sedang kuat memanglah ramai suka tapi kalau sakit? Apapun orang yang rasa diri itu boleh nak kahwin, kahwinlah.

“Saya masih lagi dapat berfikir selepas mengalami insiden bergaduh dengan isteri kerana cemburu.

“Saya tak larat dengan sikapnya sampaikan nak berkawan pun tak boleh. Kemudian ahli keluarga sibuk masuk campur pula. Saya tak nak pisang berbuah dua kali,” katanya.

Jaafar berkata, keluarga mendesaknya supaya berkahwin agar ada isteri menjaga sakit peningnya nanti.

“Itu memang betul. Tapi fikiran kita kena matang fikir mengenai kahwin. Kalau ada jodoh Allah tetapkan maka kahwinlah saya.

“Sekarang saya hanya fikir buat kerja kebajikan bantu orang. Sesiapa golongan susah yang nak makan minum boleh jumpa saya.

“Yang nak sedekah atau menyumbang kepada anak yatim pun boleh buat menerusi saya,” katanya. – HM Online

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat