Khairy risau belum ada kerusi nak tanding

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar masih tiada kerusi tertentu untuk bertanding bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kalau saya sudah tahu kawasan mana saya tidak perlu begitu risau, tapi saya sendiri belum diberitahu.

“Saya serahkan kepada pucuk pimpinan UMNO untuk tentukan saya berdiri di mana,” katanya lapor Utusan pada Jumaat.

Terdahulu, Khairy berkata, beliau tidak akan mempertahankan Rembau pada PRU15, kerusi yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau akur dengan arahan parti walaupun mengakui tidak pernah bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan Parlimen lain selain Rembau.

Apabila ditanya mengenai apa yang dapat diharapkan dari aspek kesihatan bagi manifesto Barisan Nasional (BN), beliau mengatakan bahawa sebagai Menteri Kesihatan beberapa cadangan sedang disediakan dan akan dihantar dalam masa terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat