Aktor baharu kurang kemahiran asas – Zul Huzaimy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Aktor dan pengarah, Zul Huzaimy kecewa melihat pelakon generasi baharu kebanyakannya lemah dalam kemahiran asas.

Baginya, kelas lakonan tidak mencukupi, sebaliknya, pelakon perlu memiliki kemahiran asas yang boleh membuatkan aksi di layar, lebih berkesan.

“Baru-baru ini, kita dengar berita Tom Cruise akan menjadi aktor pertama yang akan berlakon di angkasa lepas.

“Cruise akan menjalani penggambaran sebenar di angkasa lepas. Kita tahu Cruise berkebolehan membawa helikopter dan jet.

“Tetapi pelakon kita, tunggang motosikal pun tidak pandai. Hendak kata memandu kereta, lesen pun tiada.

“Saya tidak tuding sesiapa, tetapi, sebagai pengarah drama, saya pernah bertanya kepada pelakon baharu apakah dia pandai tunggang motosikal atau tidak.

“Dia jawab pandai, tetapi apabila tunggang, saya terkedu.

“Jadi, bagi saya, usahlah belajar cara berlakon sahaja. Pelakon perlu belajar kemahiran asas.

 

Zul menganggap pelakon beragama Islam juga perlu mengambil berat untuk belajar perkara asas seperti mengaji al-Quran. Foto IG Zul Huzaimy
Zul menganggap pelakon beragama Islam juga perlu mengambil berat untuk belajar perkara asas seperti mengaji al-Quran. Foto IG Zul Huzaimy

 

“Contoh, saya pernah dapat gambar seorang sahabat baik pegang alatan pancing terbalik. Akhirnya, saya yang kena hentam,” katanya kepada BH Online.

Zul berkata, pelakon beragama Islam juga perlu mengambil berat untuk belajar perkara asas seperti mengaji al-Quran.

Katanya, semua pelakon yang beragama Islam, perlu pandai mengaji.

“Kata orang Islam, takkan tidak pandai mengaji. Kenapa hendak malu mengaji?

“Ada juga yang mengatakan tidak pandai mengaji. Itu adalah ilmu wajib dan sebagai seseorang beragama Islam, kena tahu mengaji.

“Ini bukan saya sengaja reka. Ini adalah nasihat pelakon otai yang saya tuntut ilmu seperti Eman Manan dan Datuk Rahim Razali.

“Kata mereka, apabila sebut pelakon, dia mewakili manusia di luar sana.

“Jadi, seorang pelakon perlu tahu perkara asas. Kalau dia seorang Islam, dia perlu pandai mengaji dan bersilat.

“Kalau dua perkara ini dapat buat, sudah cukup,” katanya.

Justeru, Zul menambah, untuk pelakon baharu tampak fleksibel dan tidak kaku di layar, individu terbabit perlu mengambil inisiatif mendalami kemahiran, selain ilmu lakonan.

“Setakat pergi ke kelas lakonan tidak cukup. Kalau hendak berlakon jadi gangster pun, pergilah jumpa gangster.

“Kalau nak jadi pekerja bank, pergilah belajar mengira.

“Pernah saya ajak pelakon baharu pergi memancing, dia kata nak pergi ke spa. Ajak naik kuda pula, katanya, nak ke gimnasium.

“Besar bezanya antara gimnasium dan bermain kuda. Apabila bermain kuda, kita berinteraksi dengan makhluk Allah.

“Itu yang pelakon kita kena belajar sebab apabila berlakon, nampak keras. Kalau mempunyai keinginan begitu, usah jadi pelakon, jadi model okay,” katanya.

Zul berkongsi perkara itu ketika ditemui di sesi fotografi mempromosikan filem terbaharunya, Daddyku Gangster.

Filem aksi komedi arahan Ismail Bob Hashim itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 1 Disember depan.

Selain Zul, antara pelakon yang membintangi Daddyku Gangster adalah Faizal Hussein, Adeline Tsen, Jay Iswazir, Ridzuan Hashim, Zalif Sidek, Reen Rahim, Azri Iskandar, Vanidah Imran serta dua pelakon cilik iaitu Angelica Petra dan Arryyan Petra.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat