Kerajaan Pahang Lulus 90 Hektar Tanah Untuk Dibangunkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan tanah seluas 90 hektar untuk dibangunkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Tanjung Putus, Mukim Kuala Kuantan.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail ketika mengumumkan perkara itu tersebut berkata, TKPM ini ialah yang ke-19 di Pahang dan tambahan ini menjadikan keluasan tanah dikhususkan untuk TKPM di negeri ini kira-kira 5,282.85 hektar atau bersamaan kira-kira 6,860 padang bolasepak.

Dan jelasnya lagi, dengan kelulusan ini, meletakkan Pahang sebagai penyumbang terbesar bagi pembangunan TKPM di seluruh negara.

May be an image of ‎text that says "‎Malaysia MENANG BERSAMA #ALLFORWAN #WANFORALL بسر منتر فجابت EP KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR PAHANG LAGI TANAH DILULUS BAGI PEMBANGUNAN TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) DI PAHANG "TKPM ini ialah yang ke-19 di Pahang dan tambahan ini menjadikan keluasan tanah dikhususkan untuk TKPM di negeri ini kira-kira 5,282.85 hektar atau bersamaan kira-kira 6,860 padang bolasepak.' YAB DATO' SRI HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL MENTERI BESAR PAHANG OKTOBER 2021 wanrosdy.com Wan Rosdy Bin Wan Ismail PAHANG wanrosdyofficial‎"‎

“Lagi tanah dilulus bagi pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Pahang Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri hari ini meluluskan tanah seluas 90 hektar di Tanjung Putus, Mukim Kuala Kuantan, Kuantan bagi membangunkan satu lagi Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

“Dengan keluasan ini juga, terus meletakkan Pahang sebagai penyumbang terbesar bagi pembangunan TKPM di seluruh negara.” Ujarnya.

Kata Wan Rosdy lagi, tanah di Tanjung Putus yang diluluskan hari ini, melibatkan 28 lot milik Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Negeri, yang turut diluluskan untuk ditanami sayur-sayuran dan tanaman kontan.

“Peserta yang akan dipilih kelak antaranya ialah dalam kalangan belia antara 18 tahun dan 40 tahun, sama ada lepasan sijil, diploma mahupun ijazah dalam bidang pertanian serta yang bersesuaian.

“Begitu juga dalam kalangan rakyat di bawah kategori B40, dalam lingkungan umur antara 23 dan 50 tahun.

“Di bawah Fasa 1, peserta akan diberi keluasan minimum 0.4 hektar sehingga maksimum satu (1) hektar setiap seorang. Di bawah Fasa 2 nanti, peluasan tapak akan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri. ” Jelasnya lagi.

Wan Rosdy berharap dengan kelulusan TKPM termasuk di Tanjung Putus, ianya dapat meningkatkan pengeluaran makanan di negeri dan negara ini, sambil membantu menambah hasil pendapatan sewajarnya kepada peserta dalam kalangan rakyat memerlukan. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat