‘Saya bukan antivaksin’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Rita Rudaini menafikan dia menolak untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19, sebaliknya berpegang kepada prinsip untuk menerimanya apabila diiktiraf di seluruh dunia.

Rita mengakui dia dihentam teruk netizen yang tidak mengetahui sebab dan prinsip yang dipegangnya. Lebih menyedihkan apabila prinsipnya itu disalah tafsir banyak pihak.

“Suntikan vaksin masih lagi berada dalam ujian klinikal dan uji kaji, malah dalam Parlimen pun tidak memaksa untuk mengambil vaksin. Ia tidak termaktub sebagai sesuatu yang wajib lagi.

“Saya juga tidak mempengaruhi ahli keluarga yang sudah mendapatkan vaksin. Tidak salah untuk mengamalkan pemakanan sunnah untuk menjaga kesihatan, bukan saya amalkan ilmu hitam.

“Terpulang kepada individu sendiri, saya bukan menolak vaksin atau antivakin, sebaliknya saya memerlukan sedikit masa lagi. Apabila tiba masanya, pasti saya akan mendapatkan vaksin juga. Lagipun, saya jenis yang gemar duduk di rumah. Saya membeli barang keperluan secara dalam talian saja. Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu, saya hanya keluar jika ada urusan saja,” katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi mengenai sumber pendapatan, Rita bersyukur kerana rezekinya tidak putus biarpun diduga dengan pelbagai tohmahan dan cemuhan.

“Alhamdulillah. Walaupun tidak dibenarkan menjalani penggambaran, namun rezeki Allah datang daripada pelbagai sudut. Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita manusia.

“Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa, jadi saya bersetuju untuk tidak berlakon buat sementara waktu. Saya kini bergantung kepada perniagaan minyak wangi yang diusahakan dan kini sudah mencapai lebih 40 cawangan di pusat beli-belah AEON.

“Insya-Allah, sekiranya dipermudahkan minyak wangi saya ini bakal berada di 40 hingga 50 cawangan Watson pula. Saya percaya rezeki Allah ada di mana-mana,” katanya.

Harian Meetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat