Tiba Masanya Malaysia Buru Jho Low Jerung 1MDB – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya Malaysia memburu jerung utama skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata demikian dalam rakaman
video perbincangan beliau bersama penulis bersama buku ‘Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World’, Tom Wright mengenai skandal tersebut yang disiarkan di platform Youtube dan dikongsikan di Facebooknya pada Rabu.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, usaha menjejaki Jho Low dan membawanya pulang ke Malaysia dapat merungkai pelbagai kes penyelewengan yang melibatkan aset-aset negara mencecah bilion ringgit.

Kata Syed Saddiq, isu tersebut dianggap satu perkara serius memandangkan ia juga berkait dengan pertambahan jumlah hutang negara.

Kerajaan harus menuntut penjelasan daripada pihak Republik China tentang status ahli perniagaan tersebut yang dikatakan sedang berada negara terbabit.

“Adakah benar dia (Jho Low) sekarang tinggal di sana (China)? Jika ya, bagaimana dia boleh berada di situ, bersuka ria bersama keluarga dan rakan tanpa ditangkap?

“Ini adalah satu persoalan dan kita boleh mendapatkan jawapan yang formal daripada mereka (China),” katanya.

Sebelum ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu usaha memburu Jho Low sedang giat dijalankan dengan kerjasama Interpol.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, siasatan itu turut dijalankan pihak berkuasa asing Singapura dan Amerika Syarikat.

Syed Saddiq menjelaskan, kesepakatan antara Malaysia dan China mampu dicapai dalam usaha memburu Jho Low jika benar dia berada di negara itu kerana kedua-dua negara mempunyai hubungan diplomatik yang baik dan rakan strategik dalam dagangan.

“Kita mahu saling bekerjasama dan menjadi rakan, namun janganlah memberikan kerjasama itu kepada individu yang telah mengeksploitasi hasil negara ini,” tegas beliau.

Sementara itu, Tom Wright di Twitternya mencatatkan beberapa komen yang ditulis penonton rakaman video berkenaan antaranya mendesak Syed Saddiq terus memberi penekanan pemburuan Jho Low di Parlimen.

Malah ada yang mengatakan penangkapan Jho Low bukan agenda balas dendam tetapi membuktikan Malaysia serius perangi rasuah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat