Vaksin COVID-19: Dos Ketiga Tidak Diperlukan Populasi Umum – Pakar

- Advertisement -

SUNTIKAN penggalak atau ‘booster shot’ vaksin COVID-19 tidak diperlukan populasi umum.

Perkara itu dinyatakan dua saintis Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat dan pegawai daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam jurnal perubatan, pada Isnin.

Para saintis berkata, lebih banyak bukti diperlukan untuk membenarkan dos penggalak

Pandangan itu sekali gus bertentangan dengan pelan kerajaan Amerika Syarikat untuk mulai memberikan dos ketiga kepada lebih ramai rakyatnya pada minggu depan.

Disebabkan kes COVID-19 varian Delta meningkat, pentadbiran Presiden Joe Biden bimbang mengenai jangkitan di antara individu yang telah lengkap vaksin dan kadar perlindungan yang semakin berkurang.

Ini mendorong penggunaan dos ketiga untuk meningkatkan semula imuniti.

WHO tidak bersetuju dengan perkara itu kerana vaksin masih diperlukan untuk dos pertama di seluruh dunia.

Dalam jurnal perubatan Lancet, para saintis menulis, sebarang keputusan mengenai keperluan dos penggalak adalah perlu, berdasarkan analisis teliti terhadap data klinikal atau epidemiologi terkawal yang menunjukkan pengurangan penyakit parah yang berterusan dan bermakna.

Tambah mereka, bukti yang ada pada ketika ini tidak menunjukkan perlunya dos penggalak pada populasi umum di mana keberkesanan terhadap kes parah COVID-19 masih tinggi.

Penulis artikel itu termasuk Pengarah FDA Pejabat Penyelidikan dan Kajian Vaksin, Marion Gruber dan Timbalan Pengarah Phil Krause, yang kedua-duanya merancang untuk meninggalkan agensi itu dalam beberapa bulan akan datang.

Kata mereka lagi, penggunaan dos tambahan mungkin diperlukan di masa depan jika perlindungan lemah terhadap vaksinasi primer atau jika varian baharu berkembang sehingga vaksin tidak melindungi terhadap virus.

Jurnal itu turut menyatakan, dos penggalak boleh berisiko jika diperkenalkan terlalu cepat atau kerap.

Panel pakar yang menasihati FDA mengenai vaksin merancang untuk bertemu pada 17 September untuk membincangkan dos tambahan Pfizer.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat