Sapiah Catat Sejarah Wanita Orang Asli Pertama Jadi KP Jakoa

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seorang penjawat awam mencatat sejarah apabila menjadi wanita Orang Asli yang pertama dilantik ke jawatan tertinggi perkhidmatan awam.

Memetik laporan Kosmo, Sapiah Mohd Nor, 59, bakal menggalas tugas sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bermula esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah menyerahkan surat pelantikan jawatan Ketua Pengarah Jakoa tersebut kepada Sapiah yang berketurunan Suku Semai hari ini.

“Pelantikan Sapiah telah diperkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Bagi pihak kerajaan dan seluruh Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat