PAS Turun Kempen Untuk PN Di Sabah Malam Esok

- Advertisement -

PUTRAJAYA- PAS dengan kekuatan tenaga seramai 2,000 ahli di 20 bahagian di Sabah, akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kota Kinabalu, malam esok.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS akan menggerakkan jentera pilihan rayanya bagi membantu kempen rakan sekutu dalam Perikatan Nasional (PN).

“Esok saya akan ke Sabah dan pelancaran jentera PAS akan dibuat malam esok di Kota Kinabalu.

“PAS berada di 20 Bahagian di Sabah dan mempunyai kekuatan tenaga kira-kira 2,000 orang,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air memaklumkan, berkenaan kempen di pertembungan parti gabungan PN di beberapa kerusi, beliau menyerahkannya kepada strategi PN.

“Setiap hari ada mesyuarat PN bagi PRN ini, jadi kita serah kepada strategi (diputuskan mesyuarat PN),” katanya.

Sabtu lalu, selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-61, Tuan Ibrahim mengakui sebahagian besar ahli PAS kecewa dengan keputusan tidak meletakkan calon dalam PRN Sabah.

Bagaimanapun, beliau berkata, PAS akur dengan keputusan itu disebabkan ingin mengelak pertembungan sesama rakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat