PN, Jangan Lupa Sumbangan PAS – MB Kedah

UMNO Sabah Bersedia Melangkah Jauh Ke Hadapan, Kata Bung

Kota Kinabalu - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pihak yang masih bersandiwara dengan menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal...

Ahli Parlimen Batu Sapi Koma, Dipercayai Radang Paru-Paru

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Parti Warisan Sabah (Warisan) Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan koma dipercayai akibat jangkitan radang paru-paru. Perkara itu disahkan...

Pan Borneo Fokus Pertama Bung Moktar

KOTA KINABALU - Memulakan hari pertama tugasan, Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin fokus kepada...

Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada...

SPRM Tahan Pengarah Urusan Berkaitan Kes Seleweng Tender RM22 Juta

ALOR SETAR - Seorang pengarah urusan syarikat pembersihan direman tujuh hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan tender pembersihan bernilai RM22...

ALOR SETAR – PAS berharap parti sekutu dalam Perikatan Nasional (PN) tidak melupakan sumbangan parti itu yang tetap menggerakkan jentera pilihan raya untuk membantu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah meskipun tidak bertanding.

Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya akur dengan keputusan parti yang tidak meletak calon pada PRN Sabah tetapi bersedia membantu rakan parti yang bertanding.

“Kita akan bantu (calon PN), saya yang menguruskan jentera pilihan raya dan kita sudah mengarahkan jentera bertugas seperti biasa seolah-olah PAS bertanding.

“Sudah ada jentera dihantar sebelum penamaan calon dan kita akan hantar kumpulan kedua jentera dalam tempoh masa terdekat ini,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan PAS memberi laluan kepada rakan dalam PN bertanding pada PRN Sabah bagi mengelak pertembungan demi kemenangan besar gabungan berkenaan.

Kata Abdul Hadi, PAS juga menghormati sikap rakan di Sabah yang berhasrat bertanding di keseluruhan 73 kerusi selepas usaha rundingan dimuktamadkan.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, rakan parti berkenaan diharap tidak melupakan sumbangan PAS pada masa depan.

“Semangat setia kawan PAS sangat tinggi, jentera kita rajin berkerja dan kita tidak pernah berkira.

“Kita sedaya upaya akan membantu memenangkan calon PN pada PRN Sabah,” katanya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

UMNO Sabah Bersedia Melangkah Jauh Ke Hadapan, Kata Bung

Kota Kinabalu - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pihak yang masih bersandiwara dengan menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal...

Pan Borneo Fokus Pertama Bung Moktar

KOTA KINABALU - Memulakan hari pertama tugasan, Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin fokus kepada...

Lahad Datu : Polis Sabah Akan Rekod Keterangan Mohamaddin

KUALA LUMPUR- Polis Sabah akan merekod kenyataan bekas menteri, Datuk Mohamaddin Ketapi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kononnya pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada...