BN Akan Pertahan Sabah Dari Ancaman Luar, Kekal Dalam Malaysia – Bung Moktar

- Advertisement -

LIBARAN: Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam ucapannya kepada jentera kempen BN di sini menegaskan bahawa, jika BN dipilih sebagai kerajaan Sabah yang baru, BN akan mempertahankan kedaulatan Sabah dari ancaman negara luar.

BN juga kata Bung, akan terus mengekalkan Sabah dalam Persekutuan Malaysia, tidak wujud isu kerajaan dalam kerajaan seperti yang dibayangkan dalam kempen parti lawan.

Beliau turut tidak lupa mengingatkan jentera yang hadir tentang kelemahan pentadbiran kerajaan Warisan Sabah dan kenapa BN perlu mengambil alih kerajaan negeri dari mereka.

Disamping menasihatkan mereka supaya terus bekerja keras dalam memastikan kemenangan calon-calon BN yang bertanding disini.

Perhimpunan yang dipenuhi hampir 400 orang itu turut dihadiri Datuk Jamil Khir Baharom mewakili UMNO Kedah yang dilantik sebagai bapa angkat bagi DUN-DUN dalam parlimen Libaran untuk pilihanraya negeri kali ini.

Ahli Parlimen Libaran, YB Datuk Zakaria Mohd Edris, turut hadir.

Libaran mempunyai 3 Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gum-Gum, Sungai Sibuga dan terbaharu, Sungai Manila.

UMNO mempertaruhkan Suhaimi Nasir di Gum-Gum, Mokran Ingkat di Sg Manila dan Mohammad Hamsan Bin Awang Sapain di Sg Sibuga – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat