‘Mowgli Malaysia’ Berduka, 35 Kerbau Mati Mengejut

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU – Wabak hawar berdarah dipercayai menjadi punca kematian sekurang-kurangnya 35 ekor kerbau peliharaan bapa Muhammad Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’.

Kematian haiwan ternakan yang menjadi kesayangan remaja itu mengakibatkan keluarga itu kerugian lebih RM200,000.

Apa yang membuatkan Syukor dan keluarganya terkejut ialah apabila kerbau-kerbau yang dipelihara di Kampung Banggol Katong, Serada, di sini mati secara berperingkat sejak Rabu lalu dan 11 ekor daripadanya difahamkan mati bergelimpangan.

Berkongsi kesedihan yang dilalui keluarga itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menitipkan doa buat Syukor dan bapanya, Pak Khamid agar bersabar.

“Pagi ini menerima berita kematian mengejut 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu. Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang,” kata Dr Zulkifli dalam hantaran di Facebook beliau.

Dr Zulkifli juga dalam hantaran sama berpesan pada diri beliau dan seluruh umat Islam bahawa kehidupan dan kematian adalah milik Allah SWT.

“Jasad kita juga adalah milikNya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT.

“Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat,” kata Dr Zulkifli yang turut berkongsi sepotong doa dalam hantaran yang sama. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat