Gagal Bangunkan Ekonomi Sabah, Apa Lagi Alasan Warisan Plus? – Najib

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pimpinan Warisan Plus yang disifatkan cuma pandai main sentimen bermodal air liur namun, hakikatnya gagal menjaga rakyat dan ekonomi negeri di bawah bayu itu.

Kata Najib, pada tahun 2019, timbul kebimbangan bahawa pertumbuhan ekonomi Sabah jatuh dari 8.2 peratus ke 1.5 peratus iaitu dari paling tinggi kepada paling rendah antara semua negeri di Malaysia.

“ Warisan Plus kata ini salah Barisan Nasional (BN) sebab BN banyak salah guna kuasa. Ini alasan yang amat tak masuk akal sedangkan dalam tempoh sembilan tahun saya Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi Sabah adalah mantap dan sering mengatasi purata kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Hal ini bermaksud Sabah tumbuh lebih cepat banding negeri-negeri lain sepanjang sembilan tahun dan jurang ekonomi Sabah dengan negeri-negeri lain yang ditinggalkan Perdana Menteri ke-4 (Tun Dr Mahathir Mohamad) semakin mengurang,” jelas Najib di Facebooknya, hari ini.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu lagi, apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Sabah selepas beberapa Adun BN lompat ke PH, ekonomi Sabah menjunam pula.

Najib berkata, jurang semakin lebar apabila pertumbuhan ekonomi negeri-negeri lain jauh lebih tinggi berbanding Sabah untuk dua tahun berturut-turut.

“Baiklah. Pertumbuhan amat rendah Sabah pada kadar 1.5 peratus itu salah BN, kata Warisan. Namun saya tanya sekali lagi dua bulan lepas kenapa pertumbuhan ekonomi Sabah jatuh lagi ke 0.5 peratus dan sekali lagi menjadi paling corot dalam Malaysia.

“Kali ini, Warisan Plus tukar alasan kerana tak dapat salahkan BN lagi. Mereka kata masa dua tahun terlalu singkat pula,” ujarnya.
Najib menegaskan, melihat keadaan ekonomi dan pentadbiran Warisan yang tidak ada rancangan, tiada halatuju sosio-ekonomi dan projek-projek besar diberi kepada kroni dan orang sendiri, beliau meramal ekonomi Sabah akan terus menjunam jika masih di bawah Warisan Plus.

Katanya,kenaikan kesejahteraan warga Sabah sudah kehilangan dua tahun selepas pertumbuhan Sabah telah dikorbankan pada tahun 2018 dan 2019 sebelum krisis Covid-19 bermula.

“Berapa tahun lagi nasib Sabah perlu dikorbankan hanya kerana sentimen dan janji-janji palsu depa (mereka)?

“Sekarang saya tak sabar nak tengok apa alasan baru yang akan diberi mereka bila ekonomi Sabah terus menjadi paling corot dalam negara pada tahun-tahun mendatang jika Warisan Plus masih berkuasa di sana.

“Main sentimen dan main slogan untuk hasut Rakyat, PH nombor satu. Beri pelbagai alasan kenapa mereka gagal, PH juga nombor satu. Tapi realitinya, mereka gagal,” bidas Najib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat