TPM terima kunjungan hormat KSN baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baharu Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar di kompleks bangunan Pejabat Perdana Menteri, Perdana Putra, Putrajaya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ahmad Zahid mengucapkan tahniah atas pelantikan Shamsul Azri sebagai KSN baharu berkuatkuasa 12 Ogos lepas.

“Selamat bertugas,” menurut catatan di Facebook beliau itu.

Shamsul Azri yang merupakan bekas Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), dilantik sebagai KSN ke-16 bagi menggantikan Tan Sri Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatan pada 10 Ogos lepas. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat