Dr Maimunah dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melantik Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, 63, sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuatkuasa 15 Ogos 2024.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan, pelnatikan Maimunah telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
selaras dengan Subseksyen 4 (2), Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Perancangan Bandar) dari University of Wales Institute of Science and Technology, United Kingdom
sebelum melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar) di Universiti Sains Malaysia (USM).

“Dr Maimunah Mohd Sharif pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Eksekutif United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat) yang berpusat di Nairobi, Kenya selama 6 tahun dan merupakan wanita Asia pertama yang memegang jawatan tersebut.

“Sebelum itu, beliau berkhidmat sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai serta pernah menjadi Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA).

“Dengan pengalaman selama 39 tahun dalam perancangan bandar (urban planning), penjanaan semula bandar (urban regeneration) dan pembangunan  yang diterajui komuniti (community-led development), beliau adalah individu yang bertanggungjawab mengembalikan kedudukan UN-Habitat sebagai  peneraju pemikiran dalam perbandaran Dr Maimunah dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur berkuat kuasa esokmampan,” kata Dr Zaliha dalam kenyataan pada Rabu.

Selain itu, Dr Zaliha juga memberitahu Dr Maimunah juga pernah diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Secretary-General’s Task Force on the Future Cities dan Pengerusi Bersama Local 2030 Coalition.

“Kini, beliau dilantik sebagai Penasihat kepada International Council for Local Environment Initiative (ICLEI).

“Beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti pengiktirafan sebagai Tokoh Perancang Bandar Malaysia  oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Ahli Kehormat Royal Town Planner’s Institute, United Kingdom; Felo Kehormat, United Cities of Local Government (UCLG) dan Ambassador of His Majesty King Charles III (King’s Foundation) dalam perbandaran mampan di negara-negara Komanwel,” katanya.

Bukan cuma itu, Zaliha juga berkata, Dr Maimunah juga telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Alam Bina dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Saya percaya dengan pelantikan ini, beliau akan dapat meneruskan kesinambungan pengalaman dan sumbangan beliau untuk memimpin Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penuh integriti bagi memastikan kemampanan pembangunan, kecemerlangan dan kegemilangan berterusan ke arah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang maju dan sejahtera.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh atas segala sumbangan dan kepimpinan beliau sepanjang menjawat jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat