Akui salah laku polis meningkat, PDRM tak komporomi – KPN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kepemimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap warga pasukan itu yang didapati terlibat dalam salah laku dan melanggar peraturan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menegaskan terdapat peningkatan jumlah kertas siasatan berkaitan salah laku dan pelanggaran peraturan oleh warga PDRM yang dibuka hingga Jun tahun ini sahaja, berbanding sepanjang tahun lepas.

“Dari Januari hingga Jun 2024, sebanyak 1,760 kertas siasatan telah dibuka berbanding 1,665 kertas siasatan sepanjang 2023,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), lapor Bernama pada Rabu.

Beliau berkata, JIPS akan diminta mencari penyelesaian berbentuk pencegahan dalam menangani isu-isu berhubung salah laku dalam kalangan warga Sang Saka Biru itu.

“Sebagai titik tumpuan kepada pengurusan isu-isu integriti dalam PDRM, JIPS perlu lebih proaktif bagi mencari penyelesaian terbaik untuk mencegah pelanggaran etika sebelum ia menjadi barah dalam pasukan.

“Pengesanan awal salah laku membolehkan tindakan korektif dilaksanakan berbanding tindakan punitif,” katanya.

Razarudin berkata, program Naziran Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) bagi tempoh Mac hingga Jun 2024 mendapati tindakan dan prosedur kerja oleh warga PDRM tidak mematuhi arahan dan ketetapan sedia ada.

Naziran suruhanjaya itu juga telah membangkitkan dua perkara utama iaitu pengurusan dan kebajikan meliputi isu pengurusan kewangan, sumber manusia, pengurusan aset, bangunan, latihan, elaun dan kemudahan, kuarters dan beban tugas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat