PAU 2024: Tiada pimpinan PH akan hadir – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 hanya akan dihadiri oleh keluarga besar Umno tanpa kehadiran pimpinan utama daripada Pakatan Harapan (PH) seperti tahun sebelum ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ketidakhadiran pimpinan parti PH sudah disepakati bersama dalam majlis kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Kita dah bincang di peringkat majlis kepimpinan Kerajaan Perpaduan untuk PAU tahun kedua ini. Kita buat secara keluarga Umno terlebih dahulu.

“Tahun pertama kita dah buat jemputan dan Insya-Allah mungkin tahun depan atau tahun sebelum pilihan raya (baru jemput PH), biasanya begitu. Kalau kita ingat kalau dulu waktu Muafakat Nasional (MN) pun begitu juga.

“Perhimpunan kali ini kita nak memberikan ruang seluas-luasnya kepada keluarga besar Umno untuk berbincang secara kekeluargaan, dalaman,” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn pada Rabu.

Mengulas lanjut Asyraf Wajdi menegaskan, tiada pemimpin utama parti lain akan datang PAU 2024 kali ini dan ia kesepakatan bersama.

Sementara itu, kata beliau lagi antara isu dan agenda utama yang bakal dibawa dan dibahas pada PAU 2024 ini lebih cenderung kepada memusatkan rakyat.

“Banyak isu bersifat memusatkan rakyat, positif dan tidak sangat membicarkan retorik politik.

“PAU 2024 adalah medan muhasabah penting yang berkisar isu rakyat, ekonomi, masa depan orang Melayu dan Bumiputera termasuk kos sara hidup rakyat,” kata beliau.

Ditanya berkenaan pemilihan top 2 jawatan tertinggi Umno, Asyraf menyatakan PAU kali ini bukan dalam mood pemilihan.

“Top 2? Lambat lagi pemilihan. Lagipun hanya satu bahagian yang timbulkan.

“Bukan mood pemilihan, jadi kita fokus isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” kata beliau.

PAU 2024 akan berlangsung 21 hingga 24 Ogos ini.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat