Fitnah PM: Setiausaha Politik Buat Laporan Polis Terhadap Chegubard, Wan Saiful Dan RJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi pada Khamis membuat laporan polis terhadap tiga individu kerana menganggap ketiga-tiga individu berkenaan telah mengeluarkan dan menyebar beberapa kenyataan palsu dan bersifat memfitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Individu berkenaan adalah aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Raggie Jessy Rithaudeen.

“Semalam saya telah membuat suatu laporan polis terhadap Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Wan Saiful Wan Jan (Wan Saiful) dan Raggie Jessy Rithaudeen (RJ) kerana mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan-kenyataan palsu dan bersifat memfitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan kediaman peribadi beliau di Sg. Long, beberapa kenderaan yang digunakan serta aset-aset lain.

“Adalah jelas bahawa kesemua kenyataan-kenyataan tersebut adalah tidak berasas, berniat jahat, bermotifkan politik dan kesemua bukti-bukti yang kukuh dan konklusif serta menyeluruh telah dikemukakan kepada pihak polis” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Menurut Farhan, sntara bukti-bukti yang diserahkan ialah perjanjian pajakan selama 10 tahun bagi rumah di Sg Long tersebut yang bermula dari Ogos 2020 sehingga Julai 2030; salinan geran yang menunjukkan bahawa pajakan tersebut telah didaftarkan; juga bukti-bukti pembayaran pajakan tersebut yang dibayar secara tahunan mulai tahun 2020 tanpa gagal, malah untuk pajakan pada tahun 2023.

Jelasnya lagi, ia dibayar seawal bulan November 2022 sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri.

“Manakala untuk kenderaan Jaguar VCQ 8055, ianya adalah kereta terpakai sumbangan seorang simpatisan reformasi kepada Yayasan Aman pada tahun 2020 dan usia kenderaan tersebut ketika itu adalah melebihi 10 tahun. Ianya digunakan oleh Anwar Ibrahim semasa beliau tidak menjawat apa-apa jawatan di dalam pentadbiran kerajaan.

“Walaupun didaftarkan di atas nama Yayasan Aman, kos penyelenggaraan kereta tersebut berserta insurans dan cukai jalan adalah ditanggung oleh Anwar dengan menggunakan duit peribadi beliau dan tiada langsung dana dari Yayasan Aman digunakan untuk kenderaan tersebut.

“Untuk kenderaan BMW 7 Series BEM 1, ianya adalah pinjaman ihsan seorang ahli perniagaan Bumiputera yang digunakan untuk kempen pilihan raya semata-mata dan kenderaan tersebut telah dipulangkan kepada ahli perniagaaan tersebut sejurus selepas Anwar menerima kereta rasmi kerajaan.

“Untuk aset-aset lain kepunyaan Anwar Ibrahim terutamanya lot tanah di Port Dickson, rujukan boleh dibuat kepada Akuan Berkanun beliau bertarikh 9hb November 2022,” jelas Farhan.

Menurut beliau, laporan tersebut dibuat tanpa ada apa-apa tekanan politik diberikan kepada pihak berkuasa di dalam menjalankan tugas mereka.

“Semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan menghentikan budaya tohmah dan fitnah yang amat dilarang di dalam agama,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat