MOF sangkal Malaysia bakal muflis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kedudukan hutang negara berada ditahap terkawal manakala kedudukan kewangan masih kukuh.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata demikian merujuk kepada beberapa laporan di media sosial yang dilihat bertujuan untuk mengelirukan rakyat mengenai kedudukan kewangan dan situasi hutang negara.

“Kementerian Kewangan (MOF) ingin memaklumkan bahawa kedudukan fiskal negara masih kukuh dan hutang Kerajaan Persekutuan di tahap terkawal.

“MOF ingin menekankan bahawa aspek penting dalam pengurusan hutang adalah kemampuan keberhutangan (debt affordability) dan kemampanan hutang (debt sustainability),” jelasnya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, MOF menyangkal dakwaan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat bahawa Malaysia bakal menjadi muflis seperti sebuah negara di Asia Selatan baru-baru ini.

“Selain itu, MOF telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai beberapa laporan palsu di media sosial mengenai kedudukan hutang negara yang dilihat bertujuan mengelirukan rakyat dan berpotensi untuk menjejaskan keyakinan pelabur terhadap Malaysia,” katanyq.

Dalam hal ini, Tengku Zafrul memaklumkan hutang Kerajaan Persekutuan jelas masih terkawal berdasarkan faktor-faktor berikut iaitu walaupun negara telah melalui beberapa siri krisis kemelesetan ekonomi dan kewangan sebelum ini, Kerajaan amat berdisiplin dan tidak pernah gagal membayar faedah dan hutang yang matang.

“Ini membuktikan reputasi dan kemampuan Malaysia sebagai penghutang yang mempunyai rekod bayaran balik yang baik.

“Pengurusan hutang secara berhemat juga diterapkan melalui undang- undang sedia ada, antara lainnya ialah Artikel 98(1)(b) Perlembagaan Persekutuan menetapkan supaya Kerajaan sentiasa mengutamakan perbelanjaan berkaitan hutang (debt charges) berbanding perbelanjaan operasi yang lain.

“Manakala Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 memperuntukkan pinjaman luar pesisir (offshore borrowings) tidak boleh melebihi RM35 bilion,” kata beliau.

Jelasnya, pada akhir Jun 2022, hutang ini berjumlah RM29.4 bilion.

“Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan COVID-19 (Pindaan) 2021 menetapkan bahawa had statutori hutang Kerajaan tidak boleh melebihi 65 peratus daripada KDNK4.

“Pada akhir Jun 2022, hutang statutori mencatat 60.4 peratus daripada KDNK.

“Selain itu, 97 peratus daripada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan adalah dalam denominasi Ringgit. Ini mencerminkan pengurusan hutang berhemat kerana pendedahan kepada risiko tukaran mata wang asing (foreign exchange risk) adalah minimum,” kata Tengku Zafrul lagi.

Paras hutang yang tinggi tidak bermakna negara mempunyai risiko kebankrapan.

“Pelbagai agensi penarafan antarabangsa seperti S&P Global, Fitch dan Moody’s sentiasa menilai tahap hutang sesebuah negara bersama dengan faktor lain seperti rangka kerja fiskal berhemat, tadbir urusyang utuh dan kedudukan luaran yang baik, serta kekukuhan ekonominya.

“Pihak Dana Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut mengakui bahawa kedudukan hutang Malaysia masih di paras terurus,” kata beliau.

Baru-baru ini, S&P menjangkakan bahawa perancangan dasar Kerajaan akan menyokong pengukuhan kedudukan fiskal negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat