Jijik lawak hina agama, Afdlin sokong Crackhouse ditutup

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki mengecam sekeras-kerasnya sebarang perbuatan menghina agama di pentas lawak.

Katanya, meskipun hanya segelintir, jika ianya berterusan akan menjadi barah.

“Perbuatan-perbuatan itu yang dibanggakan membuat saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada Crackhouse Comedy Club.

“Walaupun sokongan saya sebelum ini hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakannya mempunyai lawak yang berkualiti dan tak menghina sesiapa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Justeru itu, Afdlin menasihatkan pelawak-pelawak stand-up comedy supaya mencari tempat lain untuk mencari rezeki.

“Sekarang ni nasihat saya kepada pelawak-pelawak stand-up cari dahulu tempat alternatif untuk mencari rezeki kerana benda ni tidak akan selesai awal dan seharusnya kita biarkan pihak berkuasa buat kerja mereka dan jika mereka disabit kesalahan, mereka mestilah menerima pembalasannya.

“Abang mendoakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa di lindungi sewaktu dugaan ini dan rezeki korang terus murah,” ucapnya.

Katanya, pendiriannya buat masa sekarang ini ialah tidak lagi menyokong premis itu dibuka.

“Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang di terima dan pada ketika ini.

“Informasi ini membuat abang tak boleh lagi menyokong agar Crackhouse terus dibuka,” ujarnya.

Afdlin menegaskan, sokongannya sebelum ini hanya untuk mempertahankan periuk nasi pelawak-pelawak yang berkualiti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat