Gjie 6ixth Sense mahu berehat sementara

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Bekas pemain gitar kumpulan 6ixth Sense iaitu Gjie mengambil pendekatan berehat sehingga satu tempoh dan tidak menganggap mengundurkan diri secara rasmi dengan kumpulan itu.

Gjie atau nama sebenarnya, Mohd Faiz Azizi Arlis berkata, dia mengambil pendekatan untuk berehat sementara waktu bagi memberi ruang kepada 6ixth Sense untuk fokus kepada album yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Secara rasminya, saya berehat sementara waktu dengan kumpulan 6ixth Sense kerana komitmen saya bersama sebuah stesen radio. Saya tidak mahu memberi beban dan melambatkan perjalanan kerjaya Sixth Sense.

“Mereka bakal tampil dengan album yang mana sangat memerlukan komitmen jitu. Jadi setelah berbincang, saya berhasrat untuk berehat. Cuma tidak berani hendak cakap saya keluar terus, takut nanti saya sambung semula pula,” katanya.

Kumpulan yang dianggotai Adi Priyo Sambodo, 39 (Adi) selaku vokalis, pemain dram, Safuan Hasnan, 35, (Wan), pemain bass Mohd Fairos, 37 (Ayoy), pemain gitar Shahrul Effendy, 40, (Atan) serta ahli baru pemain gitar Mohd Zairul Azreen Shah, 32, (Harry) kini tampil dengan single terbaharu berjudul Tremendous.

“Sebenarnya, saya tidak mahu membesarkan perkara ini. Malah,kami tidak bergaduh mahupun bermasam muka. Hubungan saya bersama empat lagi anggota 6ixth Sense masih baik.

“Jadi tidak timbul isu bergaduh dan sebagainya cuma keputusan ini diambil demi kebaikan bersama,” katanya.

Mengimbas kembali perjalanan muzik 6ixth Sense, kumpulan itu pernah mencetuskan fenomena luar biasa apabila album pertama pada 2006 berjaya terjual lebih 100,000 unit.

Selain itu, lebih dua juta muat turun secara digital menerusi empat buah album studio.

Melihat kejayaan yang diraih sebelum ini, 6ixth Sense mengaku tidak boleh duduk diam sebaliknya perlu menggunakan segala platform media sosial untuk memasarkan segala produk baharu kumpulan itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat