Nazri Aziz Dakwa Ahli Parlimen PH Tak Layak Jadi Menteri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menempelak sikap ahli-ahli perlimen Pakatan Harapan (PH) dalam isu menukar Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, lapor Astro Awani.

Nazri menegaskan sikap yang ditunjukkan ahli-ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat semalam membuktikan mereka tidak layak menjadi kerajaan.

Katanya, apa yang berlaku ketika usul menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dengan Datuk Azhar Azizan Harun membuktikan wakil rakyat PH tidak memahami prosedur.

Beliau menjelaskan kerajaan telah bertindak mengikut prosedur yang betul apabila memutuskan untuk menukar Yang Di Pertua Dewan Rakyat sebelum ini.

“Saya tidak faham dengan sikap ahli-ahli pembangkang dalam perkara ini, macam kita tengok ahli parlimen pembangkang Batu Kawan yang terjerit-jerit, siapa undi speaker… siapa undi speaker,

“Apa yang berlaku itu tanda dia tidak faham prosedur dalam isu menukar Yang Di-Pertua Dewan Rakyat,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Nazri juga menjelaskan pembangkang sepatutnya bertindak lebih awal dengan menamakan calon Yang Di-Pertua yang mereka mahukan.

Katanya, pihak pembangkang sudah mengetahui lebih awal kerajaan akan membawa usul untuk menukar Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

“Kalau dia cerdik dia (pembangkang) sepatut sudah merancang lebih awal apabila mengetahui usul yang mengosongkan (Yang Di-Pertua) itu dilulus maka pergi ke usul mengisi, sepatutnya dia kena letak calon dia.

“Jadi kalau dia tidak letak calon, kita (kerajaan) menganggap bahawa Yang Di-Pertua yang ada ini (Azhar Harun) itu satu-satunya calon.

“Apa yang berlaku semalam itu memang original pembangkang sebab itu dia tidak boleh mentadbir dan memerintah sebab dia tak reti.

“Dan apabila dia kembali menjadi pembangkang, ini lah perangai dia, bangkang apa saja,” katanya lagi.

Mengulas dakwaan pembangkang bahawa kerajaan tidak mempunyai alasan kukuh untuk menggugurkan Mohamad Ariff, bekas menteri hal ehwal undang-undang itu menjelaskan perkara itu tidak perlu dilakukan.

“Dari segi prosedur, kerajaan sudah melakukan mengikut prosedur yang betul, tidak ada kecacatan di situ seperti dakwaan pembangkang.

“Kita bukan sesuka hati apabila mahu mengosongkan atau tidak mahu Yang Di-Pertua, kita umum kosongkan dulu.

“Sebenarnya jika mahu mengosongkan kerusi tidak perlu bagi alasan pun, cukup kita ikut prosedur.

“Sebenarnya kerajaan ini baik, kalau kita bagi alasan dia tidak natural lah, dia tidak baguslah, itu semua untuk apa? kenapa kita nak memburuk-burukkan seseorang individu?” katanya.

Kerajaan berjaya menukar Yang Di Pertua Dewan Rakyat pada Isnin biarpun memperolehi undi tipis 111 menyokong berbanding 109 menolak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat