Nurflix, Laman Penstriman Patuh Syariah Pertama Bakal Dilancarkan Di Malaysia

- Advertisement -

Ketika ini, terdapat pelbagai pilihan platform penstriman seperti Netflix, Iflix, dan Viu yang menyajikan rancangan hiburan seperti drama dan filem dan sebagainya yang boleh ditonton.

Jika kami katakan terdapat servis penstriman patuh syariah bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, adakah anda percaya? Menerusi perkongsian pengguna Twitter @mabhms yang mendapat sumber daripada saudara Uthman Daud, Nurflix bakal menemui rakyat Malaysia pada awal tahun depan.

Untuk pengetahuan anda, Nurflix ialah satu platform yang lain daripada media yang sedia ada sekarang. Ia diasaskan oleh Brader Shah (kumpulan The Brothers) dimana beliau dari dulu lagi inginkan satu pilihan platform media yang patuh aqidah dan syariah.

Patuh aqidah dan syariah di sini bukan hanya dalam bentuk drama yang dihidangkan tetapi merangkumi sekali dari pembikinan sehinggalah penerbitan drama itu sendiri yang dijaga oleh satu majlis yang memantau dari sudut aqidah dan syariah.

Majlis yang memantau itu ialah NURPATH dibawah Penasihat Utama iaitu Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, diketuai oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis dan dilaksanakan oleh para asatizah.

EccQZUpUYAAsiqt

EccQZUqU4AEa5Js

Bahagian penerbitan dan produdsi dihubungkan melalui Brader Shah (The Brothers) dan Abang Farihin (ex manager Raihan), yang menjadi jambatan kepada Nurpath. Drama yang dihasilkan akan dijaga kualiti cinematography sebagaimana penonton dapat melihat kualiti iklan-iklan seperti iklan raya dan sebagainya setanding cinematography filem.

Nurflix ini akan mengetengahkan adab dan akhlak. Kenapa Nurflix ini berbeza, kerana menurut penasihat Nurflix iaitu Habib Ali Zaenal Abidin mengatakan bahawa mereka inginkan hidayah kepada manusia melalui wacana ini, tapi jangan diperbuat dari perkakas yang Allah murka.

EccQZUqU8AMFgUg

Untuk penonton, ada pengkelasan penonton itu sendiri nanti iaitu umum, wanita, asatizah dan kanak-kanak. Jika ada yang menipu dengan menggunakan akaun wanita sedangkan diri dia adalah jantina yang berlawanan, itu ialah urusan dia dengan Allah sedangkan Nurflix sudah usahakan pilihan yang sebaik mungkin kepada para penonton.

Malah, konsep Nurflix adalah VOD (Video On Demand) sebagaimana Netflix dan lain-lain media. Idea ini timbul selepas timbulnya rasa risau Brader Shah dengan nasib golongan generasi yang akan datang kerana ledakan media yang berlaku sekarang hingga anak-anak kita boleh buat apa-apa sahaja tanpa sempadan.

Apakah pendapat anda tentang servis penstriman Nurflix yang dikatakan akan dilancarkan pada tahun depan ini?

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat