Jangan Nafikan Kebenaran Untuk Keluarga Adib

- Advertisement -

Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador, untuk mencadangkan satu pasukan khas mengkaji semula keterangan saksi bagi menentukan punca kematian Pegawai Bomba Allayarham Muhammad Adib Bin Mohd Kassim adalah sangat tidak munasabah.

Berdasarkan inkues yang dijalankan Mahkamah Koroner telah pun mendapati wujud kes yang jelas bahawa allahyarham telah dikasari sehingga menemui ajal dalam kejadian rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Koroner Robiah Mohamad telah mengumpul kenyataan saksi dari pelbagai sudut dan cebisan-cebisan rakaman yang ada sebelum membuat keputusan tersebut. Alasan penghakiman inkues telah membincangkan banyak aspek, termasuk hasil dapatan forensik dan juga kenyataan saksi.

Justeru Ketua Polis Negara tidak sepatutnya menubuhkan pasukan siasatan baharu bagi menentukan punca kematian Adib.

Seharusnya pihak PDRM membuat siasatan berdasarkan keputusan inkues tersebut yang telah dijalankan secara telus dan terperinci.

Pihak PDRM juga tidak perlu memberi alasan lain atas kegagalan mencari suspek yang memukul Adib. Bukan semua kes jenayah dapat diselesaikan sampai habis. Ada kes jelas pembunuhan juga tidak dapat diselesaikan kerana kekurangan bukti dan tertuduh.

Justeru adalah tidak adil kepada keluarga Adib untuk Polis memaksa satu lagi siasatan baharu yang menjurus kepada punca kematian. Ia telah diputuskan melalui sisasatan terbuka koroner.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat