Dewan Rakyat Akan Membincangkan Isu Kanak-Kanak Tanpa Dokumen

Ada banyak lagi rekod yang Bersatu malu nak berbangga – Puad

KUALA LUMPUR – Pada pehimpunan agung Bersatu kali ketiga hujung minggu lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan parti itu mendedahkan “pencapaian terbaik” yang...

Lebuh Raya CSR, KBKK dijangka siap 2025 – Mustapa

KOTA BHARU: Projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) dan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) dijangka siap sepenuhnya pada 2025, kata...

Boleh Bagi TPM Kepada UMNO, Tapi Keputusan Di Tangan Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Keputusan melantik Timbalan Perdana Menteri terletak sepenuhnya di tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk...

Bapa dirikan khemah di atas bukit untuk anak belajar

TANAH MERAH: Seorang bapa di Bukit Petai Tujuh dekat sini bertindak mendirikan sebuah khemah di atas bukit setinggi kira-kira 20 meter bagi membantu anaknya...

Kes Tetak Bekas Penyelidik MARDI: 10 Individu Ditahan

KUALA LUMPUR - Polis menahan 10 individu yang disyaki terbabit dalam kejadian samun dan tetak seorang bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia...

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Isu kewarganegaraan untuk anak-anak tanpa kad pengenalan (stateless children) antara yang bakal mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu tersebut terkandung dalam Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri yang diajukan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (DAP-Bandar Kuching) kepada Menteri Dalam Negeri, antara lain berkaitan pelan kerajaan untuk memudah dan mempercepatkan proses mendapatkan status kewarganegaraan untuk golongan berkenaan.

Turut dibangkitkan dalam sesi itu adalah pertanyaan daripada Shaharizukirnain (Shaharizukirnain) Abd Kadir (PAS-Setiu) mengenai status pelaksanaan penebusan Ganti Cuti Rehat (GCR) kepada wang tunai selama 75 hari bagi penjawat awam yang berkhidmat selama 15 tahun seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2020.

Usai sesi tersebut, tumpuan dijangka terarah kepada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan dan antara dijangka menjadi perhatian adalah soalan daripada M. Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) yang ingin tahu jumlah majikan yang diluluskan di bawah Program Subsidi Upah serta telah menyalurkan subsidi itu tanpa memberhentikan pekerja.

Selain itu, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) pula ingin tahu langkah kerajaan dalam memperkenalkan dasar baharu terhadap pengambilan pekerja asing bagi menghapuskan pendatang tanpa izin.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

Ia termasuk pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan dan penggunaan cecair pembasmi kuman serta jarak sosial satu meter antara tempat duduk Ahli Parlimen semasa persidangan berlangsung seperti yang diputuskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Lebuh Raya CSR, KBKK dijangka siap 2025 – Mustapa

KOTA BHARU: Projek pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) dan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (KBKK) dijangka siap sepenuhnya pada 2025, kata...

Boleh Bagi TPM Kepada UMNO, Tapi Keputusan Di Tangan Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Keputusan melantik Timbalan Perdana Menteri terletak sepenuhnya di tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk...

Bapa dirikan khemah di atas bukit untuk anak belajar

TANAH MERAH: Seorang bapa di Bukit Petai Tujuh dekat sini bertindak mendirikan sebuah khemah di atas bukit setinggi kira-kira 20 meter bagi membantu anaknya...