Dewan Rakyat Bukan Tempat Meraih Simpati Sesama Ahli

- Advertisement -

EDITORIAL

Dewan Rakyat adalah tempat ‘pergaduhan’ politik dan dasar mengikut peraturan, kovensyen dan budi bicara Yang Di Pertua Dewan.

Adalah adil untuk kita membicara soal etika, adab dan kesopanan wakil rakyat. Namun untuk berlaku adil juga, jika Dewan Rakyat sekadar forum akademik tanpa sindiran, sinisan dan kritikan tajam, maka tiada siapa yang peduli dan ambil peduli.

Justeru Dewan Rakyat bukan tempat untuk anda mencari simpati sebagai wakil rakyat termuda atau tertua. Ia tempat ‘heavyweight’ politik beradu pemikiran dan satira politik.

Selama 22 bulan lalu, Najib Razak bukan sahaja menerima sindiran dan sinisan, malah dituduh dengan pelbagai tuduhan dalam ucapan pemimpin tertua dan termuda Dewan Rakyat.

Apakah Najib Razak yang berusia 66 tahun bukan orang tua yang perlu dihormati?

Realitinya, jika anda mahu penghormatan sebagai orang tua yang lemah, maka duduklah di Masjid dan rumah kenduri.

Jika anda mahu anak muda diberi peluang berucap tanpa gangguan maka masuklah ke dalam rancangan debat unviversiti atau forum akademik.

Dewan Rakyat bukan tempat meraih simpati berdasarkan usia. Anda memilih berada di situ.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat