Mycar Naik Taraf Aplikasi Baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 13 Julai — MyCar, antara penyedia perkhidmatan e-hailing di Malaysia, melakukan penyelesaian yang lebih berkesan di platform medianya dengan menaiktaraf perkhidmatan aplikasi semasa kepada aplikasi baharu iaitu ‘MyCar Super App’.

Platform Apps Sdn Bhd, pembangun aplikasi tersebut meminta pengguna untuk memuat turun ‘MyCar Super App’ melalui Google Playstore dan Apple Store serta memadam aplikasi yang lama dengan segera.

Pengasas MyCar, Mohd Noah Maideen berkata selain perkhidmatan e-hailing, transformasi MyCar menawarkan penghantaran makanan dan minuman halal (MyCar Eats), penghantaran barangan (MyCar Delivery) dan pembelian dalam talian (MyCar Shop).

“Aplikasi baharu MyCar Super App ini sudah boleh digunakan sekarang. Dengan hanya satu klik, aplikasi baharu ini memberi kebebasan kepada pelanggan untuk memilih perkhidmatan disediakan daripada aplikasi tersebut, ia adalah mesra pengguna dan menjimatkan masa. Pelancaran rasminya dijadual berlangsung pada 8 Ogos,” katanya kepada Bernama.

Perkhidmatan penghantaran makanan MyCar dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada Ogos depan manakala aplikasi penghantaran barangan dan pembelian dalam talian pula dijadualkan akan beroperasi selepas itu, katanya.

“MyCar Super App diperkenalkan untuk memudahkan urusan harian para pengguna dan berharap ia dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan COVID-19.

“ Salain itu, ruang pengiklanan untuk produk atau perkhidmatan turut ditawarkan menerusi rangkaian kenderaan MyCar,” katanya.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat