Dah ‘imun’ tohmahan

Najib Seru Rakyat Bersabar, Beri Ruang KWSP Umum Perincian Proses Pengeluaran

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini meminta rakyat terutama pencarum Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP) bersabar dan...

Belanjawan 2021 Lepasi Halangan Terbesar – Tok Mat

CYBERJAYA - Belanjawan 2021 telah melepasi halangan terbesar apabila diluluskan sebaik selesai sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk...

Pemimpin DAP Sindir MP PH Tak Berdiri Bantah Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR – Dalam nada menyindir dan penuh maksud tersirat, pemimpin DAP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baru Klang, Datuk Teng Chang Kim...

Pasaran Saham, Nilai Ringgit Beri Reaksi Positif Selepas Belanjawan 2021 Diluluskan

KUALA LUMPUR - Pasaran saham tempatan dan ringgit meraih suntikan daripada kelulusan Belanjawan 2021 di Parlimen apabila mencatat prestasi positif ketika mengakhiri dagangan. Bursa Malaysia...

Covid-19: PKPB Daerah Kuching Ditamatkan Esok

KUCHING - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching yang dikuatkuasakan sejak 9 November lalu, ditamatkan esok. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada...

BULI bukan satu perkara yang boleh diambil ringan kerana ia mampu mengganggu emosi dan mental seseorang yang pernah menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral itu.

Bagi penyanyi, Zizi Kirana, dia bangkit dan berkongsi pengalamannya menjadi mangsa buli ketika zaman remaja.

Menurut penyanyi lagu Eh itu, dia sering diejek dari segi bentuk fizikal dan warna kulitnya ketika berada di alam persekolahan.

“Ketika zaman remaja, saya sendiri berdepan situasi di mana menjadi mangsa buli di sekolah.

“Pelbagai kata-kata kurang baik dilemparkan kerana fizikal saya antaranya dihina berikutan warna kulit saya yang gelap dan digelar jongang serta gigi arnab,” katanya.

Itu semua pada awalnya membuatkannya rasa tertekan. Namun, Zizi bangkit dan terus menguatkan semangatnya untuk berdepan pembuli berkenaan.

“Bila dah meningkat dewasa, saya dah tak terlalu menghiraukan kata-kata dan sikap pembuli ini kepada saya.

“Tambahan pula, saya lebih selesa berkawan dengan lelaki dan mereka yang selalu membela saya,” katanya.

Melonjak dewasa, dia kini berdepan pula dengan pembuli dalam kalangan warganet.

“Bila dah dewasa, buli itu datang dalam bentuk lain pula iaitu buli siber dan pelakunya adalah dalam kalangan warganet.

ZIZI pernah jadi mangsa bangkit dan kuatkan semangat berdepan pembuli.
ZIZI pernah jadi mangsa bangkit dan kuatkan semangat berdepan pembuli.

“Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada saya antaranya, mereka menuduh saya perempuan murahan. Paling parah adalah wujud antara warganet yang menganggap saya tiada pegangan agama.

“Tapi, tak jadi masalah sebab saya sendiri pun dah kebal dan imun dengan kata-kata daripada orang ramai,” katanya.

Zizi bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang sentiasa menyokong kerjayanya.

“Dalam 100 warganet, bukan semua bersikap pembuli kerana hanya 30 peratus sahaja. Selebihnya masih menyokong setiap aktiviti dan kerjaya saya

“Lebih penting, adalah keluarga serta rakan-rakan sentiasa ada di belakang saya dan menjadi sumber kekuatan. Nak layankan mulut warganet yang suka membuli, sampai bila pun tak habis,” katanya.

Berkongsi mengenai isu buli, Zizi juga menerima banyak komen serta mesej daripada mereka yang pernah menjadi mangsa buli, selepas dia berkongsi keratan mengenai isu itu di Instagram.

“Rata-rata, ramai yang berkongsi pengalaman mereka dibuli ketika zaman kanak-kanak dan remaja. Ada yang sampai tahap trauma dan tak mahu berkawan dengan orang kerana terlalu takut.

“Apa yang boleh saya katakan adalah jangan hiraukan pembuli terbabit kerana mereka mempunya masalah hati dan jiwa. Justeru, menjadikan orang lain sebagai tempat melepas geram.

“Orang begini juga sebenarnya tidak gembira dan tidak bahagia dengan kehidupan mereka. Jadi, mereka tak suka melihat orang lain bahagia,” katanya.

Zizi juga menyeru supaya mereka yang pernah menjadi mangsa buli tidak mudah putus asa untuk meneruskan kehidupan.

“Jangan putus asa dan berputus harapan dengan kehidupan. Sentiasa jadikan kehidupan kita lebih positif dan jangan biarkan orang luar yang kita tak kenal, mengawal kehidupan kita,” katanya.

GEMURUH bakal berkongsi pentas dengan M Nasir.
GEMURUH bakal berkongsi pentas dengan M Nasir.

Teruja buat persembahan dengan M Nasir

Terbaru, Zizi bakal berkongsi pentas dengan penyanyi legenda, Datuk M Nasir dalam satu acara konsert yang akan berlangsung di Istana Budaya.

“Insya-Allah, pada 17 dan 18 Julai ini berlangsung Konsert New Normal di Istana Budaya dan saya dijemput untuk membuat persembahan.

“Yang membuatkan saya rasa gemuruh adalah apabila diminta berduet dengan penyanyi ternama seperti (Datuk) M Nasir dan tentunya saya perlu melakukan persiapan terbaik,” katanya.

Selain itu, Zizi juga bakal muncul dengan lagu baharu sebagai penampilan khas untuk salah satu lagu dimuatkan dalam album Edy Gerhana Ska Cinta.

“Judul lagunya masih dirahsiakan. Tapi, apa yang saya boleh kongsi, ia sebuah karya lagu bahasa Inggeris dengan rentak balada,” katanya.

HMetro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Syed Saddiq kenapa naik bot bendera BN?

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuktikan beliau pemimpin berjiwa besar tanpa memilih ideologi politik rakyat untuk dibantu. Dalam catatan...

Berita Berkaitan

Kami Cuba KFC Crunchy Tandoori Baharu Dan Ini Pandangan Kami

KFC Malaysia baru-baru ini telah melancarkan menu ayam goreng terbaru mereka, KFC Crunchy Tandoori. Kami yakin ramai yang tertanya-tanya bagaimana rasa ayam terbaru daripada...

Nintendo Pilih Malaysia Sebagai Pengeluar Terbaru Konsol Switch

Sejak pandemik tiba, dapat dilihat populariti konsol daripada Nintendo iaitu Switch kembali melonjak. Kehadiran beberapa game terbaru seperti Animal Crossing: New Horizons secara tidak...

Google rai Saloma menerusi ‘doodle khas’

KUALA LUMPUR: Sebagai penghormatan, Google memaparkan 'doodle khas' Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma pada enjin carian mereka, hari ini. Ia sempena tarikh penganugerahan Biduanita...