Saya Nak Guna Perkataan “Barua” Banyak Kali – Shahidan Kassim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau Dato Seri Shahidan Kassim menuntut penjelasan daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baru Dato Seri Azalina Othman berhubung penggunaan perkataan “barua” didalam sidang Dewan Rakyat.

“jika boleh gunakan perkataan tersebut, saya hendak gunakan banyak kali”. Petang semalam Batu Kawan telah menggunakan perkataan “barua” itu kepada Speaker, dan wajarkah penggunaan ini dibenarkan didalam dewan ini? kata Shahidan.

Jadi saya minta ‘ruling’ sama ada barua tu parliamentary atau unparliamentary.

“Saya tidak membawa kamus dan tidak dapat memeriksa perkataan “barua” itu, jawab Azalina.

Tambah beliau lagi, perkataan itu membawa maksud tidak baik, dan Speaker Datuk Azhar Harun akan membuat dan mengkaji beberapa perkara yang dilihat sensitif seperti kontroversi antara Baling dan Batu Kawan petang semalam.

“Biarlah saya tengok hansard dan saya akan membuat keputusan selepas berbincang dengan Speaker nanti, kata Azalina.

Sebelum itu, Shahidan pada sesi awal pagi juga telah bertanya soalan yang sama berkaitan penggunaan perkataan “barua” kepada Speaker Datuk Azhar Harun, dan Speaker dengan tegas berkata ‘saya tidak benarkan dan saya minta jangan gunakan lagi’.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat