‘Mandat Rakyat’ Hangatkan Dewan Rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini tegang seketika apabila perang mulut berlaku antara kumpulan ahli parlimen dari blok kerajaan dengan blok pembangkang.

Perang mulut tersebut berlaku apabila ahli parlimen dari blok Perikatan Nasional mengiktiraf kerajaan hari ini sebagai kerajaan ‘pintu istana’.

Terma yang digunakan tersebut bagaimanapun dibidas oleh Khalid Samad (PH).

Menurut Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, kerajaan yang tertubuh hari ini merupakan kerajaan ‘pintu belakang’ yang tidak mendapat mandat daripada rakyat.

“Kerajaan tidak sah. Tidak mendapat mandat dari rakyat. Kalau nak mandat rakyat, kena menang Pilihan Raya,” bidas Khalid.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan bagaimanapun menegaskan bahawa kerajaan hari ini mendapat mandat sepenuhnya daripada rakyat.

“Pengundi kawasan kami, memilih dan mengundi untuk jadi kerajaan. Sekarang kami sudah jadi kerajaan, maknanya kami dapat mandat,” katanya.

Turut terlibat dalam perang mulut tersebut, Ahli Parlimen Jelebu Datuk Jalaluddin Alias, Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat