Gejala Rasuah: PH tuntut tindakan tegas kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) membangkitkan kerisauan serta marah apabila meneliti berita kejadian-kejadian rasuah yang semakin menjadi-jadi.

Dalam kenyataan pada Selasa, katanya insiden terbaru keterangan mahkamah Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bekas Ketua Setiausaha Negara merangkap ahli lembaga penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Berdasarkan laporan media, beliau menerima bayaran sehingga sebanyak RM30,000 sebulan walaupun tiada sebarang mesyuarat lembaga penasihat 1MDB diadakan.

“Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana pada ketika beliau menerima bayaran-bayaran berkait 1MDB ini beliau masih memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara,” kata Majlis Presiden PH.

Bukan cuma itu, menurut mereka lagi, dalam kes berhubung Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) pula, seorang bekas pengarah UKSB berkata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menerima di antara SGD200,000 hingga SGD520,000 sebulan.

“Bekas pengarah itu juga berkata Khairy Jamaluddin melalui UMNO Bahagian Rembau telah menerima di antara RM50,000 hingga RM200,000.

“Kedua-dua kes ini amat merisaukan, bukan hanya kerana ia melibatkan tokoh-tokoh politik besar tetapi juga tokoh utama perkhidmatan awam,” tegasnya.

Hal demikian, Majlis Presiden PH mengulangi komitmen untuk memerangi rasuah.

“Oleh itu, beberapa reformasi dan tindakan tegas perlu dilaksana kerajaan dengan segera termasuk Rang Undang-Undang Pendanaan Politik serta meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat