Netanyahu bukan lagi PM Israel, kalah undi percaya di Parlimen

- Advertisement -

BAITULMUQADDIS- Benjamin Netanyahu akhirnya terpaksa berundur dari jawatan Perdana Menteri Israel selepas ahli Parlimen mengundi 60-59 untuk membentuk kerajaan baharu.

Pemimpin berhaluan kanan, Naftali Bennet dari Parti Yemina akan dilantik sebagai perdana menteri baharu Israel.

Bennet akan menjadi Perdana Menteri Israel sehingga September 2023 kemudian digantikan oleh Yair Lapid selama dua tahun sebagai perkongsian kuasa yang dipersetujui sebelum ini.

Kerajaan pakatan baharu itu terdiri dari lapan parti politik yang tujuannya sama iaitu untuk menyingkirkan Netanyahu yang sudah berkuasa selama 12 tahun.

Kerajaan baharu itu dijangka akan ‘berusaha’ mengurangkan ketegangan dengan Palestin dan menjalin hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, ratusan penyokong anti Netanyahu meraikan ‘saat kegembiraan’ itu dengan berhimpun dan berarak.

Gambar: AP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat