Hishammuddin sebagai ‘PM in waiting’ ada hak desak Muhyiddin tamat darurat, buka Parlimen – PKR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Sebagai seorang yang cintakan negara dan percaya kepada demokrasi, saya yakin Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kononnya disebut-sebut sebagai Perdana Menteri dalam penantian (Prime Minister in waiting) memainkan peranan mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menamatkan darurat dengan segera dan memulihkan demokrasi dengan membuka Parlimen,” kata Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, setelah lebih 100 hari sejak tarikh perisytiharan darurat pada 14 Januari lalu, rakyat telah meletakkan harapan kepada Kabinet bersaiz raksasa untuk mencari jalan keluar dalam menghadapi pandemik Covid-19 namun ternyata kerajaan telah gagal.

Bahkan menurut Shamsul Iskandar lagi kebanyakan menteri dan timbalan menteri dilihat tidak kompeten serta lebih banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat politik yang menghina serta menyakitkan hati rakyat.

” Saya merujuk kenyataan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam terkait kepincangan kerajaan dalam mengurus pandemik Covid-19 serta dakwaan beliau kononnya wujud pembawa karenah birokrasi terutamanya dalam urusan pemilihan vaksin.

” Siapakah yang Hishammuddin maksudkan dalam kenyataan beliau; Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah?

“Saya hairan kerana sebelum ini Hishammuddin tidak pernah mengulas isu-isu yang tidak berkait dengan portfolio beliau sebagai Menteri Luar, namun sejak nama beliau disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru kini kita mendengar pandangan Hishammuddin mengenai pengurusan pandemik Covid-19,” katanya dalam satu catatan Facebook, hari ini.

Ujar Shamsul Iskandar lagi, hal-hal yang diungkap oleh Hishammuddin sebetulnya telah lama diwacanakan oleh khalayak dan turut dibangkitkan oleh beberapa tokoh politik, pakar perubatan dan kesihatan sebelum ini.

“Hishammuddin sewajarnya membangkitkan pertindihan tugas di antara Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pengurusan vaksin yang kelihatan sangat caca-marba,” bidas beliau.

Gambar: Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat