Apa guna darurat jika tak dapat bantu rakyat? – tanya Pemuda UMNO

- Advertisement -

LUMPUR – Pemuda UMNO mengemukakan cadangan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memanfaatkan Ordinan Darurat yang berbaki sebulan setengah ini untuk kepentingan rakyat.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membangkitkan tiga cadangan utama iaitu mengrahkan bank menawarkan moratorium tanpa caj/faedah tambahan kepada semua golongan termasuk M40.

Selain itu, perkara kedua ialah mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk rakyat akses kepada i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0

Cadangan ketiga Pemuda UMNO ialah mengawal harga barang keperluan asas rakyat yang naik mendadak di kala pandemik.

“Apa guna darurat jika tak dapat bantu rakyat? tegas beliau dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Asyraf mempersoalkan sama ada wajarkah darurat diteruskan selepas 1 Ogos?

“Apabila kali pertama pada 23 Oktober 2020 Kerajaan Tan Sri Muhyiddin mencadangkan darurat, Yang di-Pertuan Agong menolaknya (setelah diadakan Perjumpaan Khas antara Yang di-Pertuan Agong bersama Raja-Raja Melayu pada Ahad, 25 Oktober).

” Kali kedua, 12 Januari 2021, Kerajaan PN mencadangkan darurat atas alasan Covid-19, akhirnya Yang di-Pertuan Agong perkenan.

“Tetapi isunya sekarang apakah kewajaran untuk darurat yang bakal berakhir 1 Ogos 2021 ini diteruskan ataupun tidak?

” Satu Perjumpaan Khas Majlis Raja-Raja akan diadakan 16 Jun ini, antara lain bagi membincangkan isu Covid-19 ini. Apakah Darurat berjaya menyeleaikan isu penularan Covid-19?

“Juga apakah Darurat benar-benar dapat membantu rakyat sebagaimana didakwa Kerajaan PN? dan Apakah wajar darurat diteruskan selepas 1 Ogos ini? kata beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat