Lesti terima lamaran Rizky Billar

- Advertisement -

Bandung: Penyanyi dangdut, Lesti Kejora menerima lamaran kekasihnya yang juga pelakon, Rizky Billar dalam satu majlis lamaran yang berlangsung semalam.

Dalam majlis yang disiarkan secara langsung di saluran Indosiar itu, Lesti berharap agar perjalanan kedua-dua mereka menuju gerbang perkahwinan dipermudahkan.

“Ya, saya terima. Insya-Allah, mudah-mudahan dede mampu menjadi isteri yang terbaik untuk kamu.

“Mampu menjadi isteri yang patuh kepada kamu. Dan terima kasih kerana kamu sudah memilih saya untuk menjadi isteri kamu,” katanya.

Dalam suasana majlis yang berlangsung di Bandung itu, Rizky juga kelihatan terharu dan hampir menitiskan air matanya saat mendengar kata-kata Lesti.

Majlis yang dihadiri 200 tetamu itu melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Namun, mereka belum mengumumkan tarikh majlis perkahwinan.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat