Sokong bisnes rakan artis

- Advertisement -

DI saat ramai selebriti mula mencari sumber pendapatan alternatif dengan terjun ke dalam bidang perniagaan, penyanyi dan pengacara, Neeta Manishaa belum memiliki minat untuk mencuba nasib dalam bidang sama.

Namun begitu, secara tak langsung, Neeta juga sebenarnya tetap memberikan sokongan kepada rakan-rakan selebriti laib yang sudah beralih ke dunia perniagaan dengan membantu mempromosikan produk mereka.

“Seronok juga bila saya tengok semakin ramai rakan-rakan artis yang mencuba nasib dalam bidang perniagaan, ketika ini.

“Namun, apa yang boleh dikatakan ialah saya belum ada minat nak mencuba nasib bidang perniagaan ini. Mungkin belum masanya lagi,” katanya.

Sokongan yang diberikan Neeta terhadap produk jualan rakan-rakan selebritinya adalah dengan membuat ‘review’ di platform media sosial.

“Ada juga beberapa tugasan ‘review’ produk yang saya ambil. Secara tak langsung, sedikit sebanyak saya dapat membantu mereka yang berniaga.

“Dari sudut pandang saya, selain daripada pelbagai perkara yang terjejas akibat pandemik Covid-19, ada banyak hikmah juga buat kita semua,” katanya.

Berkongsi mengenai aktivitinya sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan 3.0 (PKP 3.0) yang dilanjutkan, Neeta juga tidak menafikan bahawa sistem kewangannya turut terjejas.

“Kerja saya adalah sebagai penyanyi dan pengacara. Bila kerjaya nyanyian tak dapat bergerak dengan lancar akibat PKP, jadi sedikit sebanyak sumber pendapatan saya adalah dari kerjaya kedua iaitu pengacara.

“Tapi, sekarang PKP 3.0 ini lebih ketat dan kerja-kerja pengacaraan juga sedikit terhad. Tapi, apa pun saya masih bersyukur kerana banyak kerja-kerja dapat dilakukan di rumah secara dalam talian (online).

“Kita pun tak boleh nak salahkan sesiapa kerana situasi pandemik yang melanda negara masa kini. Ia memang memberi kesan kepada kehidupan semua orang,” katanya.

Kini, Neeta masih menjalankan tugasnya sebagai pengacara program hiburan Mbuzz di TV3 dengan mengikut perlaksanaan kerja norma baharu.

“Pihak TV3 juga mengarahkan saya dan rakan pengacara iaitu Sean LJE untuk merakamkan program itu di rumah.

“Ia untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19 dan pada masa sama, mengehadkan jumlah mereka yang akan terbabit dalam aktiviti penggambaran.

“Apa pun, semua jadual kerja masih dapat diatur oleh saya sebaik-baiknya dengan adanya teknologi seperti Internet dan juga peralatan komunikasi sedia ada,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat