Kecemerlangan SPM 2020 Wajar Dibanggakan : Salleh Keruak

- Advertisement -

SABAH: Cabaran bidang pendidikan ketika Pandemik Covid-19 yang dilalui semasa sesi persekolahan 2020 dengan penutupan sekolah selama 110 hari amatlah mencabar dan  menyulitkan para pendidik dan pelajar.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak, disebalik semua cabaran di hadapi, kejayaan murid-murid terus kekal fokus dan berusaha dalam meneruskan pembelajaran mereka sehingga beroleh kejayaan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini sangat menakjubkan.

Katanya lagi, keputusan SPM 2020 telah merekodkan pencapaian GPN 4.80 yang mana adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada 401,105 murid-murid yang telah mendapat keputusan peperiksaan SPM mereka hari ini untuk tahun 2020. Keputusan kali ini merekodkan pencapaian GPN 4.80 yang mana adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun. Dari segi jurang pencapaian mengikut lokasi pula, pencapaian antara calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.38 pada 2020 berbanding 0.44 pada tahun sebelumnya.

“Seperti yang kita sedia maklum tahun 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar bagi Malaysia. Ini kerana masa inilah penularan virus covid-19 memuncak dan kesannya amatlah menyulitkan dan banyak sektor yang terkesan tidak terkecuali juga bidang pendidikan.

“Banyak cabaran yang dihadapi dalam bidang pendidikan semasa sesi persekolahan telah ditutup selama 110 hari sepanjang 2020, antaranya pelaksanaan PdPR 1.0 dalam keadaan yang tidak begitu teratur yang menyebabkan ramai guru dan ibu bapa yang mengeluh kerana sesi pembelajaran anak-anak mereka sangat terganggu. Selain itu masalah capaian internet dan kekurangan peranti bagi murid miskin dan di kawasan pendalaman dan ancaman dari sudut kesihatan dan keselamatan murid-murid itu sendiri dalam menghadapi pandemik yang berlarutan,” kata beliau dalam blog SallehSaid.com.

Ujarnya lagi, di sebalik semua cabaran murid-murid terus kekal fokus dan berusaha meneruskan pembelajaran sehingga beroleh kejayaan cemerlang. Dalam pada itu, Salleh juga mengingatkat masyarakat agar pengorbanan para pendidik yang berkorban bagi memastikan PdPR berjalan lancar tidak boleh dilupakan.

“Alhamdulillah, di sebalik semua cabaran di hadapi murid-murid terus kekal fokus dan berusaha dalam meneruskan pembelajaran mereka sehingga beroleh kejayaan yang cemerlang seperti yang dapat kita lihat pada hari ini. Paling mengharukan adalah jurang yang semakin rapat antara murid bandar dan luar bandar semakin rapat dan ini membuktikan yang pelan sistem pendidikan kita semakin membuahkan hasil.

“Tahniah dan terima kasih juga saya ucapkan buat golongan pendidik kerana merekalah yang paling banyak berkorban untuk memastikan PDPR berjalan lancar sepanjang tahun lepas. Guru-gurulah antara yang tidak berputus asa dalam membimbing murid-murid ini dan memastikan mereka tidak tercicir walaupun dalam keadaan sekolah ditutup, diharapkan agar segala jasa guru-guru ini akan dipandang oleh pelbagai pihak dan penghargaan khusus perlu diberikan atas usaha keras mereka.

Disamping itu, Salleh menasihatkan kepada murid-murid yang gagal dalam mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2020 tidak bersedih atau kecewa kerana akan ada lebih banyak peluang untuk anda perbaiki diri pada masa hadapan. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat