Medac Bangunkan Aplikasi Penghantaran Barangan

Singapura Usir 15 Warga Bangladesh

SINGAPURA: Pihak berkuasa mengusir 15 warga Bangladesh dari republik ini kerana memuat naik hantaran berunsur hasutan, keganasan atau mencetuskan rusuhan berkaitan serangan pengganas di...

Tutup Sementara Kilang, Top Glove Jangka Pendapatan Terjejas

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) menjangka pendapatannya untuk tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Ogos 2021, akan terjejas sebanyak tiga...

COVID-19: Jeffrey Kitingan Akui Diberi Pelepasan Daripada Pengawasan, Pemerhatian

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah diberi pelepasan daripada menjalani pengawasan dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan mengikut Akta Pencegahan...

Cukai Baharu Hanya Diperkenal Selepas Ekonomi Pulih – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan hanya memperkenalkan sebarang cukai baharu apabila keadaan ekonomi telah pulih, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau...

Tembakan Di Sempadan: Kejadian Berbalas Tembakan Berlaku Secara Spontan – KPN

KUALA LUMPUR - Kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysia-Thailand antara dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan penyeludup dadah awal pagi tadi berlaku...

KUCHING – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan membangunkan satu aplikasi penghantaran barangan ala-ala Grab Food dan Foodpanda, kata Menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, aplikasi penghantaran itu merangkumi pelbagai perkhidmatan yang antaranya makanan, barangan serta produk pertanian, perikanan dan penternakan khususnya dari luar bandar ke bandar bagi memudahkan urusan peniaga dan pembeli.

“Contohnya di Sarawak ini, terdapat kumpulan yang melakukan penghantaran produk pertanian, perikanan dan penternakan tetapi tidak meluas. Kita juga sedar bilangan ‘rider’ ini tidak mencukupi untuk menampung jumlah permintaan yang tinggi.

“Kewujudan aplikasi penghantaran yang lain seperti Grab Food, Foodpanda dan sebagainya ini bukanlah kita menganggap untuk bersaing dengan mereka tetapi untuk saling melengkapi sekaligus mencipta peluang kerja yang baharu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama ketua-ketua agensi di bawah kementeriannya di sini.

Pada masa yang sama, Wan Junaidi berkata, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional juga menyediakan pembiayaan pinjaman untuk membeli motosikal bagi sesiapa yang berhasrat untuk menjadi ‘rider’, tetapi tidak memiliki kenderaan.

“TEKUN ada memberi pinjaman khas sehingga RM10,000 bagi mereka yang berminat untuk menjadi ‘rider’, tidak kira Grab Food, Foodpanda atau mana-mana syarikat penghantaran makanan dan setakat hari ini, 200 ‘rider’ sudah mendapat manfaat itu, ” katanya.

Bagi semua pembiayaan TEKUN pada tahun 2020 setakat 10 Jun, Wan Junaidi berkata, 27,644 usahawan telah mendapat manfaat melibatkan dana RM257.9 juta. – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Covid-19: Menteri saran industri perkahwinan tukar bidang

KUALA LUMPUR- Pemain industri perkahwinan yang terkesan susulan prosedur operasi standard (SOP) ketika negara dilanda pandemik Covid-19 disaran bertukar kepada bidang perniagaan lain yang...

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

“Tinggal saya seorang, sedih dan sunyi” – Tun M

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi rasa sedih dan sunyi apabila mengenang semua sahabat baiknya telah pergi menemui pencipta. Dalam catatan di blognya...

Berita Berkaitan

Tutup Sementara Kilang, Top Glove Jangka Pendapatan Terjejas

KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) menjangka pendapatannya untuk tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Ogos 2021, akan terjejas sebanyak tiga...

Kementerian Kewangan Kaji Tingkat Pendapatan Negara, Mungkin Perkenal Semula GST

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji pelbagai langkah meningkatkan pendapatan, termasuk kemungkinan memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan...

COVID-19 beri peluang kepada perniagaan untuk pengaruhi rantaian nilai

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 memberikan peluang kepada perniagaan untuk melaksanakan inisiatif mempengaruhi rantaian nilai bagi memperoleh sumber secara bertanggungjawab selain menangani isu alam sekitar,...