Ada Orang Nak Cabar, Tapi Sekarang Sayalah Pengerusi PH – Anwar

- Advertisement -

PETALING JAYA – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau kini ialah pengerusi Pakatan Harapan (PH), jawatan yang dipegang Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum PPBM meninggalkan gabungan itu.

“Saya nak beritahu bahawa dalam keputusan Pakatan Harapan, saya sekarang pengerusi PH dan ketua pembangkang.

“Walaupun ada usaha-usaha atau orang lain yang mahu mencabar kedudukan itu, tetapi (itu) konsensus yang dicapai dalam PH,” katanya dalam video yang dimuat naik ke Facebook.

Anwar turut mempertahankan keputusan PH untuk bekerjasama dengan Mahathir dalam blok pembangkang, walaupun netizen mengkritik dan mempersoalkan tindakan itu.

Katanya, sebagai ketua pembangkang, beliau mewakili semua ahli Parlimen pembangkang, termasuk Mahathir dan puaknya daripada PPBM, begitu juga Warisan.

Beliau berkata, apa yang penting ialah perjuangan PH dan semangat agenda reformasi tidak menjadi lemah.

Katanya, PH akan terus memperjuangkan dan memfokuskan masalah dihadapi rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat