70 Pesakit Sembuh, 40 Jangkitan Baru Covid-19 dan Satu Kematian Hari Ini – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Terdapat 70 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 5,351 kes daripada jumlah keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagaimanapun 40 kes jangkitan baharu dilaporkan hingga jam 12 tengah hari tadi dengan 31 daripadanya adalah warga asing.

Jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 6,819 kes dan jumlah kumulatif kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,356 kes, selain tiada kes import dilaporkan hari ini.

“Hingga kini, seramai 16 kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat pertambahan satu kematian, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 112 kes atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, kematian ke-112 ialah kes ke-6780 iaitu lelaki tempatan berusia 39 tahun dan mempunyai sejarah penyakit injap jantung dan kemalangan pada awal tahun, mengakibatkan patah kedua-dua tulang utama di kaki dan sukar bergerak sendiri.

“Beliau disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang, pada jam 9.52 malam kelmarin.

“Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat