Kita Boleh Bincang Untuk Menang PRU-15 Bersama, Muhyiddin Beritahu Parti Berminat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) masih menyimpan cita-cita untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana parti yang berminat bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu pihaknya sentiasa terbuka untuk didekati parti-parti lain yang sependapat untuk bersama merebut kerusi sekali gus mencipta kemenangan dalam pilihan raya umum nanti.

“Ya saya fikir mungkin bulan puasa ini ‘slow’ lah sikit tapi selepas itu dah raya besok mungkin kalau keadaan mengizinkan dan ada kecenderungan dan minat pihak-pihak daripada parti-parti mana sekali pun untuk bertemu dan juga berbincang cara bagaimana hendak menghadapi strategi pilihan raya umum ke-15 secara bersama-sama dan mengelakkan pertembungan antara satu sama lain kita akan cuba usahakan.

“Ini bukan sahaja bergantung kepada pihak saya tetapi lebih baik daripada pihak-pihak yang lain yang sependapat bahawa langkah sebegitu adalah wajar untuk menentukan kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang,” kata Presiden Bersatu itu di Putrajaya pada Khamis.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada masih terdapat inisiatif yang dilakukan oleh Bersatu untuk mengadakan pertemuan dengan parti-parti lain ketika ini.

Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dilapor mengadakan pertemuan dengan Parti Pejuang.

Bagaimanapun, Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin menemuinya bagi meminta sokongan untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat