Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia naik semula daripada penurunan selama dua hari berturut-turut pagi ini, selepas aktiviti belian saham pada harga rendah dalam pasaran tempatan.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.57 mata kepada 1,598.28 daripada 1,597.71 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks dibuka 2.48 mata kepada 1,600.19.

Peniaga berkata jualan baru-baru ini, yang mendorong indeks utama bergerak di bawah paras psikologi 1,600 semalam, telah menarik pelabur untuk mengumpul pegangan.

Beliau berkata perkembangan luaran yang terkini – data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada jangkaan dan pelaksanaan vaksin COVID-19 oleh Johnson & Johnson yang dihentikan yang mencetuskan kebimbangan mengenai kelewatan pemulihan ekonomi – turut mempengaruhi sentimen di seluruh dunia.

Pada Selasa, Jabatan Tenaga Kerja AS mengumumkan Indeks Harga Pengguna meningkat 0.6 peratus pada Mac, selepas naik 0.4 peratus pada bulan sebelumnya. Ini berlaku secara tidak dijangka berikutan konsensus mengunjurkan akan meningkat 0.5 peratus.

Dalam negara, suasana pasaran secara keseluruhannya positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 270 berbanding 207, manakala 1,271 kaunter tidak berubah, 431 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 805.99 juta saham bernilai RM290.21 juta.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank dan Top Glove, masing-masing naik tiga sen kepada RM8.35 dan RM5.11, Petronas Chemicals meningkat enam sen kepada RM7.94 dan CIMB menambah dua sen kepada RM4.25.

Public Bank dan Tenaga, masing-masing susut dua sen kepada RM4.21 dan RM10.18 manakala IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM5.38.

Dalam kalangan kaunter aktif, Minda naik 1.5 sen kepada 19 sen, REX dan Ucrest, masing-masing menambah satu sen kepada 24.5 sen dan 28 sen, manakala TDM tidak berubah pada 27.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 14.28 mata kepada 11,830.05, FBM Emas Shariah meningkat 24.37 mata kepada 13,192.39, FBMT 100 menambah 9.71 mata kepada 11,477.59, FBM 70 menokok 35.16 mata kepada 15,812.33 dan FBM ACE naik 62.3 mata kepada 9,511.17.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.78 mata kepada 194.54, Indeks Perladangan naik 22.26 mata kepada 6,966.28, bagaimanapun Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 3.34 mata kepada 15,154.24.

– Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat