Menteri Komunikasi Sanggah DAP

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah menafikan dakwaan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke bahawa beliau merupakan menteri yang bertanggungjawab meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Menurut Saifuddin beliau hanya menjalankan keputusan kabinet yang pada mulanya menyokong dan kemudian menarik balik tindakan tersebut.

“Meratifikasi International Conventions on Human Rights ada dalam Manifesto PH, dan ada dalam ucapan PM (Perdana Menteri) di PBB (2018), tapi saya bukan menteri tentang ICERD,” katanya di dalam ciapan twitternya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Anthony Loke bahawa idea untuk meratifikasi ICERD dan Statut Rom merupakan idea Saifuddin dan bukannya idea DAP.

Saifuddin turut menjawab ciapan twitter dari Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, yang mengingatkan beliau jangan cuci tangan sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan yang menulis Manifesto.

“Saya memohon kerana ia terdapat dalam manifesto PH. Sebagai Menteri Luar, saya mewakili Malaysia di Mesyuarat PBB. Namun dalam proses melaksanakannya ia memerlukan beberapa Menteri membawanya kepada Kabinet bagi mendapat kelulusan,” jelas Siafuddin.

Pada 23 Nov 2018, Saifuddin yang merupakan Menteri Luar ketika itu dipetik sebagai berkata, keputusan kerajaan tidak meratifikasi ICERD diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Kabinet.

Mengulas mengenai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC),Saifuddin berkata keputusan meratifikasi dan kemudian membatalkannya telah diputuskan di dalam Kabinet.

“Kedua-dua keputusan tentang meratifikasi dan lepas itu membatalkan Rom Statut, dibuat di Kabinet dan saya menteri bertanggungjawab,” katanya.

Pada 5 April 2019, Tun Dr Mahathir mengumumkan Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat, sambil menegaskan bahawa keputusan itu dibuat bukan disebabkan Statut itu membahayakan negara.

Tun Mahathir berkata Malaysia, yang menandatangani Surat Cara Penerimaan Statut Rom ICC pada 4 Mac 2019, dan menyerahkan surat cara berkenaan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada hari yang sama, boleh menarik balik surat cara itu sebelum Jun.

Setiausaha Agung PBB, bertindak atas kapasitinya sebagai depositori, memaklumkan bahawa penarikan diri Malaysia dari instrumen itu berkuat kuasa pada 29 April 2019.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat