PM Puas Hati Pematuhan SOP Di Bazar Ramadan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau SOP bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya sepanjang tempoh perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya, sepanjang tinjauan tersebut, beliau mendapati pihak penganjur mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Selain membeli juadah kegemaran, sempat juga saya berbual dengan para peniaga dan pengunjung selain meninjau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Saya dapati pihak penganjur ada mengambil langkah-langkah perlu, antaranya memisahkan laluan masuk dan keluar pengunjung, jumlah gerai dikurangkan bagi mewujudkan jarak bersesuaian serta menempatkan petugas bagi mengingatkan pengunjung mengenai pematuhan jarak fizikal.

“Saya harap pengunjung dapat mematuhi SOP, bukan hanya di bazar Ramadan di Putrajaya tetapi di bazar-bazar lain di seluruh negara,” katanya melalui catatan Facebook beliau sebentar tadi.

Dalam pada itu,  Perdana Menteri juga sempat membeli juadah berbuka untuk dibawa pulang ke rumah.

“Singgah membeli juadah berbuka di bazar Ramadan ketika bulan puasa menjadi rutin biasa kebanyakan daripada kita, termasuklah saya.

” Petang tadi, Bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya menjadi pilihan untuk saya singgah membeli sedikit juadah berbuka untuk dibawa pulang sejurus habis waktu bekerja. Pelbagai jenis juadah mengikut negeri dijual tahun ini seperti mi rebus Johor, laksa Sarawak, nasi kerabu serta aneka pemanis mulut yang menyelerakan,” ujarnya.

Muhyiddin juga berharap pendapatan para peniaga sepanjang Ramadan ini beroleh keuntungan. Dan beliau berharap para pengunjung dijauhka daripada jangkitan Covid-19. -SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat