PKR Pecat Saya Tanpa Sebarang Sebab – Bekas Setiausaha PKR Sarawak

- Advertisement -

KUCHING – Bekas Setiausaha PKR Sarawak, Vernon Kedit memaklumkan beliau dipecat daripada parti itu dan diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan.

Pemecatan itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 21 Mac lalu.

Vernon berkata, notis pemecatan yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, diterimanya semalam.

Katanya, notis bertarikh 1 April itu turut menyatakan beliau diberi tempoh 14 hari untuk membuat rayuan kepada MPP.

Ditanya adakah akan mengemukakan rayuan, Vernon berkata “bagaimana untuk merayu jika saya tidak tahu sebab pemecatan itu?”

Beliau yang juga bekas Ketua PKR Cabang Betong turut mendakwa MPP tidak pernah memanggilnya untuk membela diri.

Vernon berkata, semua pihak dapat melihat dan menilai sendiri bagaimana sebuah parti yang diasaskan pada prinsip keadilan telah menyimpang jauh dari prinsip terasnya.

“(Datuk Seri) Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan Timbalan Perdana Menteri pada 1998 tanpa alasan yang diberikan. Keadilan ditubuhkan untuk melawan ketidakadilan yang sama.

“20 tahun kemudian, beliau membenarkan partinya melakukan perkara yang sama kepada ahlinya tanpa memberi alasan lain selain menggunakan fasal dalam perlembagaan parti,” katanya ketika dihubungi, hari ini,

Sebelum ini, Setiausaha PKR Sarawak, Joshua Jabeng dalam satu kenyataan dilaporkan berkata Majlis Pimpinan Negeri mencadangkan Vernon dan pemimpin 11 cawangan lain dipecat daripada parti kerana bekerjasama dengan pihak lain untuk menjejaskan kepemimpinan PKR.

Selain Vernon, yang lain adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How yang merupakan Ketua Cabang Stampin; Boniface Willie Tumek (Mas Gading) Baharuddin Mokhsen (Petra Jaya), Siah Sy Jen (Bandar Kuching), Jemree Sabli (Kota Samarahan), Cyril Langin (Serian), Yen Jebeni (Sri Aman), Nicholas Bawin Anggat (Lubok Antu), Hung Soon Kieng (Lanang), Abdul Raafidin Majidi (Sibu) dan Kelvin @ Kilo Lutan (Bintulu).

Vernon berkata beliau tidak tahu sama ada 11 yang lain juga dipecat daripada parti itu.

Vernon menyertai PKR pada 2010 dan dipilih sebagai Ketua Cabang Betong pada 2014 dan 2018, serta dilantik sebagai Setiausaha PKR Sarawak pada 2018.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat