PKP FASA 3 HARUS YANG TERAKHIR

- Advertisement -
1. Hari ini berakhir PKP2. Esok bermula PKP3. Saya percaya sebahagian besar orang yang bekerja sendiri, gaji harian dan yang gaji sudah dipotong berharap ini adalah PKP terakhir.
2. Mereka yang komen untuk meneruskan PKP ini berbulan-bulan kena faham Covid-19 tidak akan berakhir sebulan dua ini walau apa strategi kita pun. SARS dulu pun mengambil masa hampir setahun dan sehingga kini tiada ubat.
3. Covid-19 adalah virus yang menyerang saluran pernafasan. Jika anda sihat dan mendapat jangkitan ini, anda mempunyai peluang 90% untuk pulih sekiranya mendapat rawatan yang sepatutnya.
4. Di Malaysia setakat ini, setelah tiga bulan virus ini masuk ke Malaysia, hanya membabitkan 88 kematian. Daripada 4,987 kes positif, 2,478 orang sudah pulih, 60 orang di ICU.
5. Tujuan PKP di seluruh dunia adalah untuk mengurangkan penyebaran terlampau cepat sehingga berlaku masalah tidak cukup peralatan bantuan pernafasan dan kakitangan kesihatan; bukannya menghapuskan terus Covid-19 dari bumi.
6. Jerman telah pun mula membenarkan kelab-kelab bola sepak mereka kembali aktif dengan syarat-syarat tertentu, walaupun Covid-19 masih wujud.
7. Setelah 42 hari, kerajaan sewajarnya telah bersedia dengan peralatan dan kemampuan sokongan. Jika kerajaan memerlukan lanjutan masa ia perlu jelas kepada rakyat apa angka sasaran.
8. Atas sebab itu Kerajaan perlu meningkatkan kapasiti ujian Covid-19, dan menjalankan kuarantin besar-besaran ke atas mereka yang ada kontak dengan pesakit sebelum ini tanpa menunggu hasil ujian terlebih dahulu.
9. Cadangan sesetengah pihak untuk mengadakan ‘total lockdown’ seluruh negara selama 14 hari tidak akan berjaya mematikan rantaian covid-19. Ini kerana kita tidak ada kemampuan untuk menghasilkan keputusan saringan secara besar-besaran.
10. Sebaliknya, selepas 28 April ini kerajaan harus mengadakan ‘Lockdown’ atau PKP Diperketatkan (PKPD) pada kawasan perumahan yang mempunyai kontak pesakit Covid-19 sahaja.
11. Setelah 42 hari kerajaan juga sepatutnya telah bersedia dengan mekanisme kawalan mikro atau berfokus, bukan lagi kawalan makro seluruh negara seperti sekarang.
12. Melaksanakan PKPD pada bangunan pangsapuri dan taman perumahan tertentu lebih sesuai dan memudahkan saringan dilakukan secara spesifik ke atas mereka yang berisiko berbanding PKP sekarang yang memaksa pihak penguatkuasa memfokus kepada semua orang.
13. Selepas 42 hari juga tidak sepatutnya ada lagi virus ini di kalangan mereka yang tiada kontak dengan pembawa virus, MAKA kumpulan ini harus dibenarkan menjalani hidup seperti biasa dengan mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan.
14. Kita harus menerima tiada aktiviti keagamaan berjemaah, himpunan beramai-ramai buat sementara waktu dan persekolahan. Namun aktiviti sosial dan ekonomi lain harus dibenarkan semula.
15. Kita tidak boleh hidup dalam ketakutan selama-lamanya.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat