Justin Trudeau Tinggalkan Parlimen dengan Kerusi & Lidah Terjelir – Sindiran atau Gurauan?

- Advertisement -

Ontario- Kanada bakal memasuki era politik baharu di bawah kepimpinan Mark Carney selepas Justin Trudeau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Namun, satu aksi unik oleh Trudeau ketika meninggalkan Dewan Rakyat menjadi perbualan hangat di media sosial.

Dalam satu gambar yang kini tular, Trudeau dilihat membawa kerusinya sendiri sambil menjelirkan lidah, satu adegan yang dirakam oleh jurugambar Reuters. Aksi ini mencetuskan pelbagai reaksi, ada yang menganggapnya sebagai satu bentuk humor, sementara yang lain melihatnya sebagai satu isyarat sindiran atau keanehan politik.

Reaksi Netizen dan Penganalisis Politik

Kolumnis politik Kanada, Brian Lilley, memberikan pendapatnya mengenai gambar tersebut. “Semua Ahli Parlimen yang meninggalkan Dewan dibenarkan membawa kerusi mereka sebagai satu tradisi. Saya sokong tradisi itu, tetapi aksi Trudeau ini memang aneh. Mungkin juga petanda pilihan raya bakal tiba,” katanya.

Sementara itu, netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap aksi Trudeau. “Muka dia macam tengah buat tarian Haka puak Maori,” tulis seorang pengguna media sosial. Seorang lagi bertanya, “Kenapa dia suka sangat jelir lidah?” Manakala seorang pengguna lain memberi komen sinis, “Dia tak kisah pun. Dah buat duit juta-juta, sekarang orang lain pula ambil alih.”

Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada yang baharu pada pagi Jumaat menandakan hari terakhir Justin Trudeau selepas lebih sembilan tahun berkuasa

Trudeau Letak Jawatan, Mark Carney Ambil Alih Kepimpinan

Justin Trudeau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan pemimpin Parti Liberal pada 6 Januari, susulan krisis politik yang melanda kerajaannya sejak Disember lalu. Keputusan ini turut dipengaruhi oleh perletakan jawatan Timbalan Perdana Menteri Chrystia Freeland.

Dalam ucapan perpisahannya, Trudeau menegaskan kebanggaannya terhadap pencapaian beliau selama 10 tahun mentadbir negara. “Saya sangat bangga dengan apa yang telah kita capai untuk kelas pertengahan dan mereka yang berusaha menyertainya,” katanya.

Dengan Trudeau berundur, kepimpinan Kanada kini berada di bawah Mark Carney, yang bakal membawa negara itu ke era politik baharu.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat