Orang Umno tak kisah pun Tengku Zafrul masuk PKR – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi mengingatkan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya tidak menjadikan Umno sebagai transit politik.

Speaker Dun Johor itu juga mendakwa orang Umno tidak kisah pun sekiranya Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu menyertai PKR sekali gus meninggalkan Umno.

“Kenapa dia (Zafrul) mahu keluar Umno? Dia mahu jawatan Menteri Kabinet kekal?

“Sebenarnya orang Umno tidak kisah kalau dia mahu pergi. Jangan main mainkan Umno. Umno bukan transit politik,” tegas Puad.

Tambah Adun Rengit itu lagi, menurut Tengku Zafrul selepas dia berjumpa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dia mahu teruskan kerja.

“Apakah itu signal dia tidak jadi keluar Umno? Apakah dia insaf atau menunggu suhu sedikit reda.

“Tengku Zafrul banyak kali tidak hadir mesyuarat MKT. Mesyuarat MKT dua hari lepas dia turut tidak hadir. Bukan rahsia dia memang mahu menyertai PKR. Tetapi tersangkut tengah jalan kerana bocor lebih awal.

“PKR takut dituduh tikam belakang Umno. Maka difahamkan keahliannya dalam PKR berstatus “pending”, dakwa Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat