Adakah penyelamatan Sapura dapat persetujuan Kabinet, disaran rujuk PAC – Syahir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman menuntut pakej penyelamatan Sapura Energy Berhad (SEB) berjumlah RM1.1 bilion dirujuk kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memeriksa, meneliti dan menilai secara bebas dan menyeluruh.

Hal ini menurut beliau, kenyataan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan bertarikh 13 Mac 2025, dan penjelasan rasmi Permodalan Nasional Berhad (PNB) bertarikh 12 Mac 2025 berhubung pakej penyelamatan Sapura Energy Berhad (SEB) berjumlah RM1.1 bilion telah menimbulkan beberapa persoalan dalam aspek keutamaan, ketelusan dan tatakelola.

“Sekiranya diizinkan, disarankan supaya perkara yang bersifat mustahak dan berkepentingan awam ini (melibatkan wang pembayar cukai), bolehlah dirujuk kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memeriksa, meneliti dan menilai secara bebas dan menyeluruh.

“Persoalan yang dibangkitkan ini adalah penting untuk dijawab secara tuntas oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB), iaitu Lembaga Pemegang Amanah kepada PNB; pemegang saham terbesar Sapura Energy yang menerima suntikan pelaburan langsung daripada Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) berjumlah RM1.1 bilion,” katanya.

Menurut Syahir antara persoalan berbangkit ialah, adakah pakej penyelamatan dalam bentuk pelaburan strategik dan pinjaman khas berjumlah RM1.1 bilion ini telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri, ataupun ianya terletak di bawah autoriti Kementerian Kewangan sepenuhnya?

“Adakah pakej penyelamatan berjumlah RM1.1 bilion ini melibatkan penyaluran wang pembayar cukai (dana awam) yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2025, seperti yang telah diluluskan di Parlimen?

“Selain itu, adakah audit forensik dan kajian ‘due diligence’ menyeluruh telah dijalankan oleh pihak MOF mahupun PNB sebagai pelabur (investor) terhadap Sapura Energy Berhad sebagai penerima pelaburan (investee)? Siapakah juruaudit bebas yang dilantik, berserta tarikh dan skop pelantikannya, soal beliau.

Bukan cuma itu, Syahir juga bertanyakan apakah bentuk jaminan yang diberikan oleh pemegang saham, ahli lembaga pengarah, dan pengurusan tertinggi Sapura Energy terhadap komitmen dan pematuhan segala syarat yang termaktub dalam perjanjian pelaburan dan pinjaman berjumlah RM1.1 bilion yang telah dipersetujui?

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat