11 kawasan catat cuaca panas tahap berjaga-jaga – MetMalaysia

- Advertisement -

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di 10 kawasan Semenanjung Malaysia dan satu di Sarawak.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, antara kawasan di Semenanjung Malaysia yang terlibat ialah Perlis, Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling ); Hulu Perak, Perak dan Raub, Pahang, manakala di Sarawak pula melibatkan Limbang.

Menurut kenyataan itu, suhu panas tahap berjaga-jaga dikategorikan apabila suhu maksimum harian sesuatu kawasan itu mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Sinar Harian pada Isnin lalu melaporkan, Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia menangguhkan kegiatan luar bilik darjah jika fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini, bertambah buruk.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pihaknya tidak mahu sebarang perkara di luar jangka berlaku, terutama membabitkan kesihatan pelajar. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat